25 May 2016

Hubungan dengan si dia hambar? Jom hangatkan kembali...

Kalau cikla cakap perhubungan ni ada pasang surutnya, korang setuju tak? Nak-nak pulak kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, masa untuk bersama memang terhad sangat. Itu masa dengan pasangan. Masa dengan anak pulak macam mana?

Lepas tu, masing-masing menyalahkan antara satu sama lain, saling menunding jari, dan dan tentunya ego. Perhubungan sudahlah hambar, kalau ni berlaku bak kata orang 'retak menanti belah' lah jawabnya. 

Sebenarnya, kasih sayang dan hubungan tu boleh disemarakkan kembali. Semuanya bergantung pada niat dan betapa kuatnya sayang kita pada pasangan dan keluarga. Jom baca ni, macam mana nak 'hangatkan' kembali hubungan yang kian dingin tu.

Hubungan dengan si dia hambar? Jom hangatkan kembali...
Hubungan dengan si dia hambar? Jom hangatkan kembali...  Image credited to google.

Tips 1 (paling utama); 

Elakkan rasa sangsi dan syak wasangka antara satu sama lain. Yang suami syak isteri, yang isteri pulak syak suami. 

Jangan ingat kalau 'sayang dah pudar' tu, sebab ada orang ketigalah. Ada banyak faktor lain sebenarnya yang boleh jadi punca kepada keadaan ni. 

So, jangan main 'hentam kromo' je. Siasat dan perhati betul betul mana yang silap. 

Tips 2; 

Koreksi diri selalu. Jangan hanya selidik diri sendiri je, tapi berbincang jugak dengan dia dan terus terang. Cari masa sesuai dan duduklah berbincang. 

Kalau pasangan tak nak, bagilah masa pada mereka, dan jangan sesekali paksa. Umpama orang cakap, menjirus minyak ke dalam api. Jawabnya makin maraklah dia. So, cool down dulu.

Tips 3;  

'List'kan kelemahan yang kita rasa datang dari diri kita sendiri. Apa yang penting, kita berani mengakui kesalahan dan berusaha untuk memperbetulkannya.

Tips 4; 

Cuba bajai kasih sayang dengan luahan sayang dan belaian mesra. Luahkan apa yang kita rasa dengan kata-kata paling romantis dan menggoda, ciumlah dia dengan penuh kasih sayang. Mau terkejut dia nanti.

Tips 5; 

Buat kejutan, seperti bagi dia hadiah ulangtahun kelahiran atau perkahwinan dia, dah tentu dia rasa terharu dan dihargai, sebab walaupun sibuk dengan urusan masing-masing, tapi masih ingat akan tarikh-tarikh penting korang berdua.

Tips 6; 

Sebaiknya cuba imbangkan masa antara kerjaya dengan rumahtangga. Memang kedua-duanya sama penting, tapi cuba 'puaskan' kedua-keduanya.

Tips 7; 

Pastikan kita mempunyai masa dengan pasangan. Curi masa selepas anak tidur untuk kita berbual-bual dengan pasangan, membincangkan dan bercerita pasal keluarga dan anak serta luangkan masa satu hari penuh daripada seminggu untuk melakukan aktiviti bersama yang tersayang. 

Tips 8 (paling penting); 

Sentiasa berdoa supaya kasih sayang antara pasangan sentiasa kuat, walaupun pelbagai dugaan yang datang menguji. Berdoaah tanpa jemu, inshaAllah pasti akan beroleh keberkatan dalam perhubungan. 'Till jannah' kata orang sekarang.
    Bagi cikla, dua-dua kena bertindak. Jangan harap si isteri atau si suami je yang berusaha untuk mengilap kembali hubungan, tapi pasangannya kena 'bergerak' seiring juga.

    Sumber : Ruangan Resepi Hidup.

    4 comments:

    1. baguslah artikel cikla...boleh join zalora magazine dah ni... :D

      ReplyDelete
    2. Setuju cikla. Hubungan nie ada naik turunnya. Cuma cara kita handle masa turun tu kena bijak. Tak dinafikan kehidupan sibuk bekerja sekarang membuatkan masa tidak diluangkan banyak bersama.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Tu la. Kita dgn pasangan kena main peranan. Tak boleh sblh pihak je

        Delete