Kulit kering nampak tua? Ye ke?

Siapa kat sini kulit wajah dia jenis kulit kering? Angkat kening. Hehe. Kalau cikla, jenis kulit wajah cikla kombinasi kot sebab nak cakap kering pun tak, berminyak pun tak. Korang macam mana pulak?  

Sebenarnya, cikla nak cerita pasal kulit kering ni. Jom kita baca apakah ceritanya itu. 

Kalau korang mempunyai ciri ciri macam yang dinyatakan, memang sahlah korang mempunyai kulit jenis kering, iaitu;

Kulit kering nampak tua? Ye ke?
Kulit kering nampak tua? Ye ke? Kredit Google.

  1. Lepas kita cuci muka dengan pencuci muka/sabun pembersih dan air, kulit kita akan rasa 'ketat' seperti seolah olah ia terlalu keceil untuk muka kita.
  2. Kalau kita cuci muka dengan pembersih jenis krim, muka rasa macam agak selesa. Bila guna krim malam pulak, kulit akan rasa sangat selesa.
  3. Pada waktu tengah hari, tompok berkelupas akan mula muncul. 
  4. Wajah kita hampir tak mempunyai jerawat dan kulit akan rasa kepedihan lepas guna toner wajah.

Terdapat beberapa sebab sebenarnya yang menyumbang kepada keadaan ini, iaitu;

  1. Penggunaan alat solek yang salah, di samping mencuci muka dengan menggunakan kaedah yang salah.
  2. Keadaan kelenjar tiroid kita.
  3. Penuaan kulit dan keadaan genetik.

Kulit kering sebenarnya mempunyai kelembaban yang kurang, so ia akan kelihatan lebih tua, pucat, rasa macam mengelupas dan kasar. Selain itu, muka kita akan rasa macam 'ketat' lepas dicuci serta mudah merengsa dan terasa gatal. 

Kulit kering nampak tua? Ye ke?
Kulit kering nampak tua? Ye ke? Kredit Google. 

Bagi cikla, tak kiralah apa jugak jenis kulit kita, kita mesti mengambil perhatian terhadap langkah langkah penjagaannya. 

Bukan apa, mempunyai kulit yang sihat akan menjadikan kita lebih yakin dan bersemangat untuk berhadapan dengan orang ramai serta tak akan rasa rendah diri dengan 'kekurangan' kita itu.

Sumber : Ruangan Diari Doktor.

3 comments:

  1. huwaa huwaaa huwaaa kulit sy la tu kering...

    ReplyDelete
  2. Tak tahu nak cakap kulit siqah kering ke tak. Hii. Tapi kalau bab penjagaan muka, siqah cuci muka dan pakai krim siang je. Malas betul nak pakai krim malam. Hii

    ReplyDelete
  3. Kite pulak jng kulit berminyak. Jenuh la haihhh nk mngelap elak muka berkilat. Haha

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews