Guna tips 4T semasa bertemu pasangan.

Orang cakap masa bercinta, jiwa sentiasa bergelora. Amboi, gelora apa tu? Gelora asmara barangkali. Huhu. Jangan terlalu mengikut perasaan dan hawa nafsu darah muda ni. 

Sekarang ni pun, macam-macam cerita kita dengar kan, lebih lebih lagi betapa banyaknya kes pembuangan bayi, cuma kadang kadang berita sebegini kurang didedahkan sangat. 

Semuanya berpunca dari 'gelora' itulah.

Dan kita jugak kena ingat, kalau kita berdua-duaan pasti ada yang ketiga yang 'memberi arahan'. Menggoda kita. 

Apa yang cikla nak share ni cikla rasa penting untuk korang tau, lebih lebih lagi adik adik cikla yang berdarah muda ni. 

Ingatlah, godaan syaitan ni sentiasa ada, dan kitalah yang kena selalu berwasapada dan beringat. Inilah dia tips 4T, iaitu;

  • Sebaiknya berTanya dan mintalah izin kedua ibu bapa kalau nak berjumpa kawan kita. Sebolehnya, bagitau mereka sejujurnya dengan siapa kita keluar,  ke mana dan agak agak bila kita balik. Lagipun, tak salah kot kalau kita tinggalkan nombor telefon dan nama kawan kita tu, in case kalau ada apa apa yang berlaku kelak. Apa yang penting, restu ibu bapa tu penting tau...
  • Pilih Tempat pertemuan tu tempat yang sesuai, dan pastikan ia tak timbulkan fitnah dan godaan pada pasangan. Sebolehnya, berjumpalah di tempat terbuka, ramai orang. Lagipun, kalau ada apa apa yang berlaku, mudah untuk kita meminta pertolongan.
  • Pastikan Tempoh masa bertemu tu berpada pada. Janganlah sampai larut malam sampai solat pun terabai, masa dengan keluarga terjejas dan jugak pelajaran terganggu.
  • Jagalah adab sopan Tangan dan anggota badan lain supaya tidak menjadi punca kepada agenda seterusnya. Lagipun ini akan menunjukkan tanda keikhlasan pasangan terhadap hubungan korang sebab tak kan baru kenal dah nak pegang pegang, betul tak?

Apa yang cikla nak pesan pada adik-adik perempuan cikla khasnya ni, jagalah diri anda sebaiknya. 

Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu pasangan anda. Jagalah maruah anda yang satu itu. Tepuk sebelah tangan tak berbunyi jugak kan. So, take care tau.

Sumber : Ruangan Semarak Cinta.

1 comment:

  1. Terima kasih cikla untuk peringatan ni.. amat-amat bermakna.. ini untuk peringatan umie dan rakan-rakan yang lain jugak..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews