12 May 2016

Tips mudah macam mana nak cukupkan minum air kosong sehari?

Kita memang sangat-sangat digalakkan untuk minum banyak air kosong dalam sehari, nak-nak pulak musim panas sekarang ni. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan badan mengalami hidrasi, dan dah tentu  akan bagi kesan buruk pada sistem badan. 

Tapi, kadang-kadang, nak mencukupkan 8 gelas atau lebih  gelas sehari tu macam 'payah' je kan? Cikla sendiri pun kadang-kadang memang kurang minum air kosong ni. Hihi. 

Tips mudah macam mana nak cukupkan minum air kosong sehari?
Tips mudah macam mana nak cukupkan minum air kosong sehari? Kredit Google. 

Ermm, jangan risau. Meh baca ni, cikla nak share beberapa tips mudah lagi senang macam mana kita nak cukupkan meminum air kosong sehari. Jom baca.

  1. Segelas air kosong setiap kali waktu solat. *1x5 waktu = 5 gelas. 
  2. Segelas selepas/sebaik sahaja kita bangun tidur. *membantu mengaktifkan organ dalaman.
  3. Segelas selepas kita mandi. *membantu mengurangkan tekanan darah rendah.
  4. Segelas sebelum kita tidur. *dapat mengelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam.

Cuba korang 'total'kan semuanya, 5+1+1+ 1 = 8, kan dah cukup 8 gelas kan. Alhamdullilah. Kalau minum lebih lagi bagus. Cubalah korang try buat.

Sumber : Facebook@resepisheilarusly.

2 comments:

  1. Betul...Betul... Setuju.. LeYa pun mula dulu kurang.. tapi bile amalkan cara begini alhamdulillah, badan rasa segar dan sihat. Byk khasiat nya minum air kosong ni...

    ReplyDelete