Terima kasih cikgu....

By Cikla Shahril - May 16, 2016

Pagi ni, bila cikla skrol timeline facebook, rata rata semua wish Selamat Hari Guru. Memang patut pun kan, sebab hari ni kan 16 Mei. Dah tentu tiap-tiap tahun, pada tarikh ni hari guru disambut. 

Nak cerita pasal pengorbanan dan perit gigih cikgu ni dalam mendidik budak-budak ni memang tak habis kot. Tak salah kot kalau cikla cakap cikgu ni umpama 'ibu bapa' kita kalau di sekolah, sebab ada cikgu yang dah anggap anak muridnya macam anak sendiri dah. 

Didikan dan teguran mereka pada murid dah macam teguran seorang ibu atau bapa pada anaknya, malah ada yang lebih lagi.

Memang tak dinafikan cabaran mendidik budak budak lagi mencabar berbanding dulu. Kalau dulu, bila budak budak nampak je cikgu lalu nak nak pulak kalau cikgu tu cikgu disiplin yang misainya melentik, lepas tu muka pulak serius garang memanjang, pegang rotan round keliling sekolah sebab buat spot check kot kot ada budak-budak ponteng or mengular, memang 'menikus' la budak-budak. 

Siap 'gostan' cari jalan lain, asalkan tak bertembung dengan cikgu tu. Tapi sekarang, keadaan macam dah lain je. Walaupun tak semua yang macam tu, tapi memang ada yang begitu. Betul tak?  Tengok aje cerita dan berita kat tv tu Macam-macam. Murid tumbuk cikgu la. Hishhh hishhh.

Terima kasih cikgu....
Terima kasih cikgu.... Image credited to WhatsApp group. 

So, nasihat cikla walauapapun, hormati dan sayangilah cikgu kita macam kita sayang ibubapa kita tak salah kot. Lagipun, tanpa mereka kita tak kan tau membaca menulis mengira. Kenal ABC, 123, ALIF BA TA. 

Semuanya kerana kegigihan mereka mengajar kita sampailah kita pandai buat itu semua. Kadang cikgu ni garang dan tegas dengan budak-budak sebab nak tengok kita ni jadi 'seseorang' bila dewasa nanti.

Terima kasih cikgu....
Terima kasih cikgu.... 

Terima kasih cikgu....
Terima kasih cikgu.... 

Selamat hari guru cikla nak ucapkan kepada semua cikgu cikgu di Malaysia, khasnya cikgu cikgu yang pernah mencurahkan ilmunya pada cikla sejak dari sekolah rendah (SK. ASSAM JAWA), sekolah menengah (SMK. SULTAN ABDUL AZIZ), kolej matrikulasi (MATRIKS MELAKA, LONDANG) dan di universiti (UKM),  dan tak lupa jugak pada kakak iparku yang tersayang, CIKGU AZLINDA ABU dari SK SEMENYIH. 

Semua jasa tunjuk ajar cikgu semua memang tak terbalas rasanya. Hanya doa sentiasa mengiringi diri cikgu semua, agar sentiasa sihat, tabah dan gigih dalam mendidik anak bangsa. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. AAMIIN. TERIMA KASIH CIKGU.

Video credited to youtube. 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. SelamatHari Guru dan juga kepada warga pendidik yg telah banyak memberi ilmu mereka kpd anak murid.. :)

    Blogwalking sini:)

    ReplyDelete
  2. selamat hari guru..")

    ReplyDelete