'Santai Tapi Sampai'

4 May 2016

Kurang darah, apa tandanya?

Masalah kurang darah *anemia boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuklah kanak kanak. Masa pregnant pun, perkara ni memang sangat dititikberatkan, sebab setiap kali ibu membuat pemeriksaan rutin masa pregnant, nurse akan ambil bacaan HB si ibu. 

Jom kita baca apakah ciri seseorang itu mungkin menghidap penyakit kurang darah merah. Setidaknya ini boleh dijadikan panduan untuk kita pada masa depan.

Kalau bahagian bawah dalam kelopak mata nampak pucat, itu merupakan salah satu tanda. Pergi buat pemeriksaan, lagipun orang cakap tak salah kalau mencegahnya dari awal sebab itu lebih baik. Betul tak? 

Kalau kita cepat rasa letih itu jugak petanda, sebab orang yang kurang jumlah sel darah merah memang akan merasa begitu. Selain itu, kalau kita selalu sakit kepala dan pening, jangan ambil ringan. In kerana oksigen yang disebabkan oleh sel darah merah berkurang.

Kurang darah, apa tandanya?
Kurang darah, apa tandanya? Kredit Google  

Kerap rasa mual bila bangun tidur macam keadaan ibu mengandung yang mengalami morning sickness. Cepat buat pemeriksaan nak nak pulak kalau kita rasa mual tapi tak pregnant pun. Tekan hujung jari kita dan ia akan kelihatan pucat, ini juga salah satu gejala anemia. Rambut yang gugur berterusan jugak ada kaitan dengan penyakit ini sebab kulit kepala takde cengkaman juga disebabkan kurangnya sel darah merah.

Nasihat cikla, kalau ada simptom sebegini jangan biarkan dan buat tak tau je. Pergi buat pemeriksaan untuk memastikannya.  Walaupun penyakit ni nampak 'remeh' tapi sebenarnya ia memang bahaya. Ingat tu.

*Ni cikla nak bagitau antara makanan penambah darah sekaligus elakkan anemia ialah; seafood/ikan, daging merah, beras perang, hati lembu, strawberry, dan bayam.

Sumber : Ruangan Info Sihat.

1 comment: