Dah 24 minggu dah!

Sebenarnya, cikla saja nak share yang mana hari ni ngam-ngam 24 minggu @ 6 bulan dah baby membesar dalam rahim ni. Syukur alhamdullillah. Rasanya macam baru je cikla disahkan mengandung lagi, dan hari ni dah masuk 6 bulan dah pun.

Pagi tadi cikla pergi checkup baby. Alhamdullillah semua ok. Berat ok, HB ok dan tekanan darah ok. Lega rasanya. Kalau sebelum ni masa awal pregnant memang alahan teruk jugak la. Loya, nak muntah dengan demam. 

Lepas dah ok, berat pulak tak naik-naik. Yelah, sebab takde selera nak makan. Lepas ada selera. Berat badan lak naik banyak sangat sampai 2 kilo lebih. Tapi, syukurlah masa checkup tadi berat badan dah ok. Yeahhh.

Dah 24 minggu dah!
Dah 24 minggu dah!

Lepas tu biasalah kan, ibu mengandung mesti mesti amik obimin. Dulu masa cikla pregnant first sampai 4 jenis kena makan ubat. Dengan "asid folic"nye. "Vitamin"nye. Tapi sekarang start pregnant anak kedua dan yang ini. Ubatnya sejenis je. Ok gak. 

Dalam sebiji ubat tu ada berbagai fungsinya. Hehehe. Cikla pun memang tak amik ubat or supplement lain. Just makan ubat yang klinik bagi je.

Dah 24 minggu dah!
Dah 24 minggu dah!


Cikla harap semua akan berjalan lancar sepanjang cikla pregnant sehinggalah melahirkan nanti. Doakan cikla ye.

*Nota kaki: Serius still lagi rasa berdebar dan takut bila teringat masa cikla melahirkan anak pertama dan kedua dulu walaupun dah 2 kali melaluinya. Nervoussss.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews