Jeng jeng jeng. Ni dah kenapa ni tetiba buat review product ni? Ala, saje je. Sebelum ni cikla ada gak baca review product yang mereka guna. Ye lah, tak salah kan kalau nak share kebaikan produk yang kita guna. Mana tau mungkin orang lain mendapat manfaatnya. So, untuk review product yang julung-julung kalinya ini, cikla nak share akan kelebihan shampoo SAFI SHAYLA ni.
Ramai orang kata, rambut adalah mahkota wanita tak kiralah yang bertudung atau sebaliknya. Dan, tak dinafikan macam susah je nak cari shampoo yang sesuai dengan kulit kepala dan rambut kita, lebih-lebih lagi yang bertudung. Pada yang bekerja seharian, terutama yang bertudung kadang-kadang kulit kepala jadi gatal dan apa lagi kerak dan kelemumur pun bertandanglah. Macam cikla sendiri pun, macam-macam shampoo cikla guna, pun macam kurang berkesan je.
Tapi, bila cikla guna shampoo ni masa balik umah mak, cikla try guna shampoo inilah. Macam sesuai je. Gatal kepala pun kurang dan yang paling penting kelemumur pun dah berkurang. Rambut pun bau wangi je. Hmmmm, harum dan menyegarkan.
Shampoo SAFI SHAYLA Anti-dandruff. |
Kalau cerita dari segi harganya pulak, cikla rasa memang berpatutan. Untuk shampoo 160 ml hanya RM7.70, manakala untuk shampoo 320 ml hanya RM12.70. Berbaloi kan?
Sebenarnya shampoo ni ada 4 jenis iaitu SAFI SHAYLA – LICIN TERURUS dengan multivitamin, SAFI SHAYLA – SEGAR BERMAYA diperkuat dengan nanolipid enhancer, SAFI SHAYLA – ANTI KELEMUMUR dengan zpt dan SAFI SHAYLA – KAWALAN RAMBUT GUGUR dengan protein.
So, korang boleh pilih mana yang bagus I kut kesesuaian masing-masing. Tapi, kalau bagi cikla memang cikla nak promote jenis anti-dandruff ni sebab cikla guna jenis ni. Bahan utama dalam shampoo ni adalah estrak Habbatus Sauda, ZPT dan Mentol. Habbatus Sauda memang kita tau banyak kebaikannya, yang mana ia ada bahan antibakteria dan nutrien semulajadi. So, rambut kita akan lebih sihat dan tak kusam. ZPT lak dapat cegah kelemumur dan kurangkan rasa gatal kulit kepala, manakala mentol akan beri kesan dingin dan segar pada kulit kepala kita.

Dan yang paling penting ia halal, suci dan selamat digunakan. Selamat mencuba.
*Sumber (harga): SINI.
boleh try la.lpas nih
ReplyDeleteSelamat mencuba.. Hehe
DeleteI encourage you to read this text it is fun described ... medicated shampoo for itchy oily scalp
ReplyDelete