Eratkan hubungan adik-beradik.

Saje je cikla intro dengan picture budak berdua yang tiut-miut ni. Sebenarnya cikla nak cite sikit pasal betapa pentingnya keakraban antara adik-beradik. 

Apa yang penting, semua mestilah bermula dari kedua ibubapa. Sebab mereka merupakan idola/contoh bagi anak-anak mereka. Apa yang dilakukan ibubapa kemungkinan akan ditiru oleh anak-anak. Jadi, tunjukkanlah contoh tauladan yang baik. 

Berbalik kepada hubungan adik-beradik, ia merupakan ikatan yang kukuh selamanya. Kan ada pepatah mengatakan, air dicincang tak akan putus. 

Macam itulah hubungan adik-beradik. Tapi, kalau hubungan tu rapuh, akhirnya ia akan terlerai jika kedua ibubapa mereka sudah meninggal dunia. Buat hal masing-masinglah kata orang. 

Cikla nak share beberapa tips yang mungkin kita sebagai ibubapa boleh gunapakai untuk memantapkan hubungan anak-anak kita.

  1. Tunjuk kasih sayang - peluk cium anak-anak dan sentiasa keluarkan kata-kata yang baik kepada mereka. Ini akan membuatkan mereka merasa disayangi, selamat dan tenteram. Jadi, hal positif ini akan hadir dan turut ditunjukkan kepada adik-beradik mereka.
  2. Hargai each other - galakkan sikap sopan, saling menghormati dan hargai di kalangan mereka contohnya 'ucap terima kasih' dan 'tolong' bila bercakap sesama mereka.
  3. Elak rasa tak puas hati - jangan galakkan seorang anak memarahi adiknya sebab akan timbul rasa tak puas hati atau marah.
  4. Ambil berat - sentiasa galak anak-anak ambil berat antara satu sama lain.
  5. Jaga sikecil - ingatkan anak yang besar supaya sentiasa menjaga adiknya. 
  6. Berbaik sesama anak - galakkan anak-anak sentiasa berdamai kalau mereka mula bertengkar.
  7. Nilai positif - terapkan nilai positif supaya mereka menjadi anak yang sabar, bertolak ansur, tak mementingkan diri dan sentiasa membantu sesama mereka.
  8. Jangan pilih kasih - jangan sesekali berat sebelah sebab ia akan mewujudkan rasa marah, benci dan rasa tak puas hati antara mereka.
  9. Cipta kenangan - beri sebanyak mungkin masa kepada mereka untuk bermain bersama. Bawa mereka melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti berkelah supaya ia akan meninggalkan memori indah dalam hidup mereka.

Eratkan hubungan adik-beradik.
Eratkan hubungan adik-beradik.

Bagi cikla, apa yang penting didikan bermula sejak mereka kecil adalah penting. Orang tua-tua pun ada cakap, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Bukan apa, rasanya kita lebih mudah mendidik anak-anak yang masih kecil daripada mereka yang dah besar panjang. Mereka lebih mudah ikut kata. 

Cikla harap tips ini berguna untuk kita semua. Jom kita praktikkan!

*Sumber: MajalahMetro/KasihSayang

1 comment:

  1. Anonymous20 June, 2014

    betul tuh..didikan dr kecik tuh pntg

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews