Firstly, bila si suami tau yang isterinya mengandung mestilah happy kan? Sapa yang tak happy bila si isteri mengandung zuriat dan darah daging sendiri. Lebih-lebih lagi kalau anak sulung, bertambah-tambahlah happy'nya. Betul tak?
Tapi, encik suami ni kena ingat sepanjang tempoh isteri tu mengandung perlu ada persefahaman, sokongan dan pertolongan dari sang suami. Apa lagi dengan keadaan emosi si isteri yang tak menentu. Kadang ok, kadang moody. Hehe.
Sikap pertama yang perlu si suami ada adalah sabar. Itu memang terpenting, sebab si isteri memang sangat memerlukan perhatian dalam tempoh ini berbanding sebelumnya.
Kelakuan dan emosi si isteri mungkin berubah-ubah. Ada yang suka berleter dan mengomel tapi apa yang penting si suami kena mengambil sikap tenang dan jangan panjangkan sesuatu isu itu.
Atau dengan kata lain si suami mengalah. Bukan apa, kalau dilayan takut akan menimbulkan konflik dalam rumahtangga.
Atau dengan kata lain si suami mengalah. Bukan apa, kalau dilayan takut akan menimbulkan konflik dalam rumahtangga.
Khas untuk suami: Sabar menjaga isteri mengandung. |
Sikap kedua yang perlu ada pada si suami adalah menggandakan nilai kasih sayang kepada isteri dengan cara tunjuk sikap baik, prihatin dan membelai isteri dengan penuh kasih sayang.
Berikan kata-kata semangat pada isteri supaya isteri lebih tabah menghadapi semua dugaan dan kepayahan semasa mengandung. Hanya isteri yang tahu akan kepayahan itu.
Lagipun dengan keprihatinan si suami dapat meredakan beban emosi dan kesakitan si isteri. InshaaAllah. Tumpuan dan belaian kasih sayang adalah ubat yang paling mujarab dalam meredakan masalah dihadapi isteri.
Lagipun dengan keprihatinan si suami dapat meredakan beban emosi dan kesakitan si isteri. InshaaAllah. Tumpuan dan belaian kasih sayang adalah ubat yang paling mujarab dalam meredakan masalah dihadapi isteri.
Apa yang penting, pada cikla para suami sepatutnya mencontohi sikap terpuji Rasullullah dan para sahabat baginda iaitu tegas menentang musuh, kasih kepada isteri. Semuanya pasti ok dan sentiasa dalam lindungan rahmatNya. Amin.
Cikla harap moga info ni bermanfaat khususnya buat para suami diluar sana.
*Noted to my lovely husband too....
No comments:
Post a Comment