Pertama kali berbuah.

Durian oh durian. Cikla percaya mesti semua orang suka makan durian. Tak kiralah makan mentah macam tu je atau dibuat kuih. Cikla rasa kuih yang paling femes yang dibuat dari durian adalah kuih talam durian kot. Ala, yang atas durian bawah pulut tu. Emmmm. Sedap kan?

Sebenarnya cikla saja nak cerita kisah sebatang pokok durian kepunyaan bapak mertua cikla ni. Al-kisahnya (cehh, dah macam penglipur lara lak). 

Katanya tak pernah berbuah. Pokok jantan katanya. Sampailah suatu ketika pokoknya mula berbunga dan berputik. Wah, rezeki ni. Yelah, penat menyapu daun yang gugur aku pun ugutlah. "Kalau ko tak berbuah, aku tebang ko." Hehehe. Boleh pulak macam tu kan? Tup- tup berbunga plak dia. Hehe.

Pertama kali berbuah.
Pertama kali berbuah.

Dan sekarang, buahnya dah mula gugur sebijik demi sebijik. Nasiblah pokoknya sebatang je. Kalau sedusun taktau la. Excited giler. 

Honestly, memang sebelum ni cikla tak pernah tengok buah durian gugur, tu yang terlebih teruja tu. Isinya pulak setakat ni elok je. Tebal dan kuning. 

Disebabkan cikla pregnant sekarang ni jadi macam tak kemaruk sangatlah nak makannya. Ingat jugaklah pantang orang tetua. Kalau orang yang tahan. Ok jelah. Bedal aje. 

Tapi cikla memang tak berani. Aritu pun jamah skit je yang mentah. Pastu makan yang mak cikla buat kuih dadar cicah dengan serawa (kuah durian). Lepaslah hajat nak merasa.

Pertama kali berbuah.
Pertama kali berbuah.

Pertama kali berbuah.
Pertama kali berbuah.

Cukuplah dulu kan. Hehe cite panjang-panjang nanti ada yang terliuq lak. Hehe. Jangan marah ye.

4 comments:

  1. Duria season is coming soon..
    Kmd gulai tempoyak season plak... He! He! He!

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he... Tau xpe... Cik rambutan pun dh berputik... Syukur.. Rezeki..

      Delete
  2. Anonymous20 June, 2014

    nak doyannnn..post sini laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kih3... Kalau sebelah rumah seguni kita bg tau... Hehe

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews