Macam mana nak kekal sihat ketika HAMIL.

Rasanya ramai ibu-ibu hamil termasuklah cikla nak tau macam mana nak kekal cergas dan sihat ketika hamil. Al-maklumlah, ada sesetengahnya masa di awal trimester pertama dah alami alahan yang teruk. 

Dengan 'morning sickness'nye. Belum lagi nak loya dengan pening-pening lalatnya lagi.

Ada jugak yang dah masuk trimester kedua dan ketiga pun masih lagi rasa mabuk, loya dan sebagainya tu. 

So, kat sini cikla nak share beberapa tips yang cikla rasa bermanfaat untuk mak-mak buyung macam kita ni kan. Hehehe. 

Perkara yang baik tak salah nak dikongsikan. Dah dah, moh kita tengok apakah tipsnya tu. Moh kite.

  1. Baring secara mengiring supaya simpulan urat dalam tubuh tak akan menyekat perjalanan darah kita. 
  2. Bernafas secara betul dengan berYOGA sebab ia adalah senaman terbaik untuk ibu hamil. Selain itu, Tai Chi atau Qigong pun ok gak. (Untuk lebih detail tentang semua senaman ni korang Google aje. Semua info ada, ok).
  3. Banyakkan mengambil susu dan kalsium kerana ia dapat menguatkan tulang serta mengurangkan rasa letih kalau kita aktif bergerak. Tu sebab cik-cik misi kita selalu tanya kita minum susu ke tidak masa kita buat pregnancy checkup. Sebab perkara ni memang penting.. Untuk ibu dan jugak baby kita.
  4. Sentiasa berfikiran positif, sebab memang tak dapat dinafikan emosi ibu mengandung lebih sensitif dari biasa. Pantang salah sikit, mudahnya nak kecik hati, sedih dan hiba. Jadi, kita mesti mengamalkan gaya hidup yang ceria. Para suami pun kenalah pandai macam mana nak jaga hati isteri yang bersusah payah mengandungkan zuriat kita. Hargailah isterimu. Inilah masanya mereka nak bermanja-manja lebih-lebih sikit.

    Cikla harap tips ni dapat membantu kita mengekalkan diri supaya sentiasa sihat dan ceria walaupun sarat mengandung. Nanti barulah senang nak melahirkan. Betul tak? 

    *Nota kaki: Belajar dari pengalaman!

    Sumber:  RAPI MAGAZINE.

    No comments:

    Post a Comment

    Followers

    Top Commentators

    Library

    Labels

    TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

    Disclamiers

    Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

    Pageviews