UJIAN PAP SMEAR, pentingkah?

Mesti kebanyakan wanita tahu dan pernah dengar pasal ujian ni kan. Tak dinafikan jugak, tak semua wanita berani nak buat ujian ni, termasuklah cikla sendiri. Sebenarnya, ia amat baik untuk kita juga. Ada pepatah mengatakan "mencegah lebih baik dari mengubati". Ujian ni penting untuk kita mengesan kanser servik. Jom kita tengok apa dia Ujian Pap Smear ni dan info-info yang berkaitan dengannya.

UJIAN PAP SMEAR, pentingkah?
UJIAN PAP SMEAR, pentingkah?

APA DIA PAP SMEAR?

Dikenali sebagai Papanicolaou iaitu ujian yang dilakukan dengan cara mengambil sedikit tisu dari pangkal servik. Ia juga boleh mengesan perubahan sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.

BILA PATUT BUAT UJIAN INI? 

Amat disarankan bila dah mencapai umur 26 tahun sampailah mencecah 70 tahun.

APA PERLU BUAT?

Ujian ni tak boleh dibuat semasa datang haid sebab sel yang diambil biasanya tak tepat. Waktu paling baik adalah selepas hari ke-7 hingga ke-10 tamat haid. Sebelum ujian, tak dibenarkan melakukan hubungan kelamin, menyembur kawasan vagina, menggunakan tampon dan membersihkan vagina guna krim/cecair pembersih.

APA PROSEDUR PEMERIKSAAN?

Baring atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan. Spekulum sepanjang 4 inci akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka. Kemudian, spatula dimasukkan untuk ambil sample sel dari servik. Sample akan disebarkan atas slaid dan disembur dengan alkohol. Selepas itu, sample dihantar kelab untuk pemeriksaan.

APA KEPUTUSAN UJIAN?

Ia dikeluarkan dalam tempoh seminggu. Kalau keputusan abnormal, kita diminta jalani ujian ulangan dan sesi bersama doktor.

Apa yang penting cikla sarankan pada wanita2 supaya sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat. Jangan takut jumpa doktor atau membuat pemeriksaan kalau ada kita mengalami kelainan pada diri kita. Pemeriksaan awal akan dapat menyelamatkan nyawa kita. Tahukah anda ujian ini dapat mengurangkan risiko seseorang wanita mendapat kanser serviks sehingga 90%?

Sumber info: RAPImagazine.

6 comments:

  1. selamat pagi cikla..memang bagus wanita menjalani ujian ini kerana dapat mengesan dan mencegah dari awal kerana kanser pembunuh utama di dunia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slmt pg anajingga... Mencegah lebih baik dr mgubati kan...

      Delete
  2. salam..jemput join Ga ni ye :) http://dnialicious.blogspot.com/2014/06/ketuk-ketuk-aidilfitri-giveaways-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Tp kita x pandai nk join Ga ni. Kdg2 teringin gak... ^_^

      Delete
  3. Anonymous25 June, 2014

    sy tak buat lg cikla...lpas nih memg kne buat la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun lum buat lg... Lepas bsalin anak kedua takdan nk buat dah pregnant lagi. InsyaAllah pas bsalin ni kena buat gak.. Tp mcm seram pn ada. Maklumlah kita ni penakut skit... Heheheheeeee

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews