Hai korang. Cikla harap korang semua sihat, happy dan ceria bersama yang tersayang. Ehem ehem.
Sebenarnya cikla nak share salah satu stuff kegemaran cikla. Boleh jugaklah dipanggil hobi masa lapang, mengumpul majalah iaitu MAJALAH RAPI. Mesti ramai yang tau majalah femes ni kan?
Cikla memang tak pernah miss beli majalah ni tiap bulan. Memang best majalah ni. Banyak sangat manfaat yang kita boleh dapat darinya, terutama tips/info pasal kesihatan dan kecantikan. Memang tak rugi la beli majalah ni. Ececeh. Promote nampak. Hehe.
Kalau cakap pasal harga lak, harganya cuma RM4 je. Setiap bulan, 2 kali keluaran. Ala, baru spent RM8 sebulan. Ia memang berbaloi dan berpatutan kalau nak dibandingkan dengan banyak info yang kita dapat bila membacanya.
Lagipun, bagi cikla ni salah satu alternatif untuk kita tambahkan info mengenai kesihatan diri selain dari surfing internet. Ditambah pulak dengan cara persembahannya yang santai dan menarik, memang tak bosan dan tak jemu bila membacanya.
My Favorite Stuff! |
Picture kat atas tu antara koleksi majalah RAPI yang cikla ada. Cikla start baca dan kumpul majalah ni since 2009 sampailah sekarang. Memula beli tu suka-suka je.
Tapi, lama-lama cikla beli dan baca, macam best lak. Tu yang cikla terus membelinya sampailah sekarang.
Lagipun, bolehlah cikla share info/tips dengan korang semua kan? Bak kata orang, sharing is caring. Tak gitu. Hehehe.
*Nota Kaki: Membaca jambatan ilmu.
kak ana pula dari dulu sampai sekarang mempunyai koleksi majalah Seri dewi Dan keluarga..memang tak miss..hehhe
ReplyDeleteHehehe... Oklah tu... Leh jadi koleksi kesayangan.... Hobi berguna...
Deletesy dulu de koleksi majalah harmoni...skang dh xkmpul dh semua majalah
ReplyDelete