Mana yang lebih penting? Apa yang kita fikirkan ataupun apa yang orang lain fikir tentang kita? Sebenarnya, apa yang kita fikir mengenai diri kita itu lebih penting daripada apa yang kita fikir orang lain pasal diri kita. 

Mana yang lebih penting?
Mana yang lebih penting? Sumber Facebook.

Cuba tengok gambar kat atas tu. Apa yang ada dalam fikiran kucing tu sebenarnya? Hakikatnya dia hanyalah seekor kucing, tapi apa yang ada dalam fikirannya lebih dari itu. Dia membayangkan dirinya seperti seekor harimau yang gagah. 

Pendapat cikla, tak salah kot kalau kita nak 'berangan' lebih dari apa yang mungkin kita mampu. 

Sebab dengan impian atau angan-angan itulah menjadikan kita akan lebih berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahukan. Mulut orang, biasalah. 

Sudah menjadi lumrah, manusia ni memang sikapnya suka mengkritik orang lain. Satu yang kita kena ingat, takde manusia yang sempurna. Ingat tu.

Fikir-fikirkanlah.