'Santai Tapi Sampai'

3 June 2014

Kaitan CONTACT LENS dan mata merah....

Semua orang mesti nakkan mata yang cantik dan menawan kan? Erm, tak dinafikan sekarang ni memang banyak contact lens dijual di pasaran.. Tak kiralah sekadar nak berfesyen atau sebagai pengganti cermin mata. 

Jujurnya, cikla sendiri pun memang pengguna contact lens sejak dari zaman cikla di universiti lagi. Tapi, bukan yang berwarna bagai tu tau. Ni yang jenis plain untuk orang rabun.

Ala, bocor lak rahsia. Cikla ni rabun sebenarnya, rabun jauh. 

Ada sesetengah orang yang bila pakai contact lens, mata merahlah, mata gatallah dan macam-macamlah. 

Sebenarnya kita tak boleh nak pandang ringan jika alami gejala macam ni khusus orang yang ber'contact lens', sebab ia juga boleh jadi punca mata jadi sakit dan dijangkiti kuman. 

Kalau terjadi macam ni, cepat-cepat pergi jumpa doktor atau dapatkan rawatan supaya tak melarat. Mencegah lebih baik dari mengubati, betul tak?

Sebab apa mata kita boleh jadi kemerahan kalau memakai contact lens? 

Kaitan CONTACT LENS dan mata merah....
Kaitan CONTACT LENS dan mata merah....

Lens terbalik - Kalau macam ni memang tak selesa kan? Sebelum pakai contact lens tu, perati betul2 lens kita berbentuk separa bulat dan lebar seperti mangkuk atau melengkung tinggi. Kalau ia separuh bulat/lebar maknanya ia dalam keadaan sempurna, dan macam tu la sebaliknya.

Pakai lens dengan tangan tak bersih - Ini memang penting sebab kalau tangan tak bersih dah tentu bakteria pada jari kita tu akan menjangkiti bola mata. Hasilnya, kan dah merah mata tu. 

Cecair rendaman contact lens dijangkiti bakteria - Ada yang pandang remeh ketika merendam contact lens. Air mineral atau air paip pun bolehlah. Sebenarnya, tanggapan tu totally wrong. Air tu gak mungkin boleh bagi jangkitan pada mata. Hakikatnya, kita kena rajin dan selalu menyalin air rendaman dengan menggunakan solution yang betul sekurang-kurangnya sehari sekali.

Lens terlalu kering - Jangan biarkan lens terlalu kering sebab ia akan menjadikan lens menjadi semakin kasar dan keras. Ini memang bahaya sangat! Ia boleh sebabkan mata tercalar atau luka. Kalau ini yang berlaku, tukar aje dengan lens yang baru. Lagi selamat...

Lens tamat tempoh - Sentiasa peka dengan tempoh berapa lama kita gunakan lens tu. Kalau lebih sebulan kita masih gunakan lens yang sama, memang tak bijak.

Mata kering - Jangan biarkan mata kita terlalu kering. Guna pelembap khas untuk mata kalau untuk mengelakkan mata kita menjadi kering. Titiskan sekurang-kurangnya 3 kali sehari untuk kekalkan kelembapan mata.

Kalau kita tengok langkah penjagaan ni takdelah susah sangat kan? Tapi, itulah. Apa yang penting semuanya bermula dari diri kita sendiri. Kalau tak kita yang mengubahnya, siapa lagi kan?

MATA ANUGERAH TAK TERNILAI.

Sumber info: HMetro.

2 comments:

  1. Sahabat saya punya adik baru kehilangan kedua belah matanya akibat menggunakan pencuci contact lenses yang tercemar... Mohon semua ambik extra precaution...

    ReplyDelete