My Pregnancy Story : Menghitung hari.... dah 28 minggu... Alhamdullillah...

Hari ni cikla pergi checkup lagi. Alhamdullillah. Dah 28 minggu pun.

My Pregnancy Story : Menghitung hari.... dah 28 minggu... Alhamdullillah...
My Pregnancy Story : Menghitung hari.... dah 28 minggu... Alhamdullillah...  28 minggu pregnant. - Image credited to www.yourbabylibrary.com

Mengandung kali ni jujur cikla rasa macam cepat je. Pejam celik pejam celik, dah 7 bulan pun. Biasalah kalau dah masuk 7 bulan, langkah langkah penjagaan kena dipertingkatkan lagi. 

Lagipun, dah start kena kira pergerakan baby pun. Tadi pun misi dah ajar cara cara nak kira walaupun cikla dah mengandung kali keempat. Hihi. Ikut prosedur katanya. Takpelah, refresh balik kan. Kot kot lupa. 

Sebenarnya penting tau untuk ibu kira pergerakan baby ni. Nantilah cikla share sebab apa penting untuk kira di lain entri ye. Apa yang cikla boleh kata, memang penting sangat.

Tadi masa checkup, syukurlah semuanya ok. Dari bacaan HB, berat ibu sampailah ke jantung baby semuanya ok. Teruja pulak menunggu baby ni lahir. Hehe. 

Tapi, sejak baby dah membesar ni, ibunya pulak macam malas je. Mata asyik nak tidur.. Buat keje sikit dah penat. Perut tak lapar sangat tapi haus sentiasa. Lepas tu, susu memang tak boleh 'masuk'. 

Aduhh. Betullah orang cakap lain anak, lain pembawakannya. Bersabarlah ibu.

Semoga semuanya dipermudahkan.

2 comments:

  1. tahniah cik la, mesti best bby kick kick
    hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Geli pun ada.. Hihi.. Doakanlah yang terbaik ye..

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews