'Santai Tapi Sampai'

7 June 2016

Tips berpuasa untuk ibu mengandung.

Tak dinafikan, tentu kebanyakan ibu mengandung akan risau bila fikirkan kesan terhadap kesihatan baby bila dia berpuasa. 

Orang cakap berpuasa masa mengandung ni adalah sangat mencabar sebab ia melibatkan kesan terhadap kesihatan si ibu dan juga 'baby'nya. 

Macam cikla, alhamdullilah untuk hari pertama semalam cikla berjaya berpuasa sampai berbuka. Mudah mudahan hari ni cikla akan berjaya jugak.

Lagipun, sebelum ni pun cikla pernah jugak berpuasa masa mengandung, tapi alhamdullilah cikla boleh berpuasa cuma tahun lepas adalah ter'skip' beberapa hari. 

Ada beberapa tips yang ibu semua boleh cuba supaya diri kekal bertenaga dan bersemangat sepanjang hari berpuasa sampailah waktu berbuka nanti. Apakah tips itu? Jom baca.

Tips berpuasa untuk ibu mengandung.
Tips berpuasa untuk ibu mengandung. Sumber Google.

Semasa sahur, si ibu perlu lebihkan meminum air putih sebanyak yang mungkin supaya kadar tenaga dapat dipertingkatkan pada waktu siang nanti. 

Selain itu, minumlah segelas susu semasa sahur supaya dapat mengurangkan jangkitan anemia pada ibu. Semasa sahur jugak, ibu seeloknya jangan mengambil makanan pedas sebab makanan pedas akan menyebabkan lesu dan tak sihat pada ibu. 

Ibu juga perlu elakkan mengambil makanan manis sebab ia akan beri kesan cepat lapar dan tak selesa disebabkan insulin yang ada dalam makanan itu. 

Masa siang hari pulak, seeloknya kurangkan aktiviti dan dapatkan rehat secukupnya.  Keadaan ni akan mengelakkan ibu merasa letih dan pening, dan ini boleh membahayakan kesihatan ibu dan baby.

Semasa berbuka pulak, digalakkan mengambil makanan dan minuman yang manis seperti kurma, jus buah buahan dan kuih sebab makanan yang manis akan membekalkan gula dalam darah yang mana ia penting supaya kadar gula yang diperlukan oleh badan mencukupi. 

Masa berbuka jugak, seeloknya elakkan minuman berais sebab badan yang letih berisiko menerima "kejutan". Sebaiknya, ambil minuman panas atau suam. 

Semasa berbuka, jarakkan makanan utama/berat, seeloknya solat maghrib dulu supaya 'makanan ringan' akan turun sebelum kita mengambil makanan yang lebih berat. 

Ambil sikit makanan seperti roti/makanan ringan yang berkhasiat serta segelas air panas atau suam sebelum tidur supaya badan dapat memproses dengan baik.

Semoga tips di atas akan beri panduan kepada ibu mengandung termasuk diri cikla jugak, supaya walaupun kita mengandung kita tetap bertenaga dan bersemangat meneruskan puasa tanpa bimbang. InshaAllah.

Sumber : Akhbar Sinar Harian.

2 comments:

  1. Salam , Cik La . Nice sharing . Boleh lah nia share info nie dengan adik ipar Nia . Dia baru 3 bulan lebih pregnant . Then , dia dalam keadaan morning and afternoon sickness . Kesian jugak tengok dia selalu mual and nak muntah . Tengok dia pun lesu dan cepat penat .

    ReplyDelete