'Santai Tapi Sampai'

19 June 2016

Kisah hari ke-14 puasa : Bubur jagung basi!

Salam 14 Ramadan.  Hari ni sebelum balik umah sendiri, cikla berbuka lagi kat rumah mak dengan abah. Hari ni menu mak nasi beriani dengan ayam masak merah. Air pulak tembikai laici homemade

Kebetulan cikla keluar petang sebelum berbuka tu ronda-ronda dengan encik hubby tengok-tengok jalan pergi puncak alam, balik tu kami singgah bazaar dekat area Bukit Kuching. 

Cikla ni kalau nampak bubur jagung mesti beli punyalah. Kegemaranlah katakan. So, cikla belilah bubur jagung kat akak sorang ni dengan harga rm250 je. 

Dalam hati cikla, aik murah pulak bubur ni, selalu mana-mana bazaar pun mesti harga rm300. Lepas beli sedikit makanan buat tambah-tambah yang ada kat umah tu, kami pun balik.

Masa berbuka, cikla memang makan bubur jagung tu. Bila bukak je penutup bekas bubur, memang cikla tengok..  "Aik, lain macam je rupa bubur ni." 

Tanpa prejudis, cikla pun makanlah. Rasa memang ada masam-masam. Separuh jugaklah cikla makan. Isi jagung memang fail dah, sikit giler. Itu pun dia cover dengan biji sagu. So, nampak macam banyaklah isinya. Cikla beli dua bekas. 

Masa balik rumah memang cikla tak bawak balik pun bubur tu. Tinggal kat rumah mak. Tadi, baru je adik cikla wasap cakap bubur tu bubur basi. Dia nak makan, terus patah selera. Hehe. Kesian dia.. Dah takde rezeki dia.

Pada peniaga bazaar, cikla nak cakap, jangan meniaga nak untung je. Kualiti makanan yang kita jual tu kena superb jugak. Bila orang makan makanan awak tu sedap, mesti orang datang lagi, beli. 

Mujurlah bazar tu jauh, kalau dekat memang cikla dah pergi balik gerai tu. Tapi, tak apalah, cikla halalkan. Mungkin bukan cikla je yang 'terkena'. Orang lain pun sama kot. Lepas ni jangan buat lagi tau!  *amboi baik sungguh. Hahaha.

3 comments:

  1. Allahu..tak apalah CikLa...tapi ralatkan bila kita terasa bersungguh nak makan lagi lah kegemaran kita...tiba-tiba basi..yalah in sya Allah nanti Allah gantikan dengan yang lain..ameen :)

    ReplyDelete
  2. jemput join :)
    http://iniblogke.blogspot.my/2016/06/iniblogke-ramadhan16-bloglist.html

    ReplyDelete
  3. Siqah pun pernah terkena camnie juga tapi bukan masa ramadhan. Ayam masak merah basi. Huhu. Harap peniaga janganlah buat begitu kan.. Rezeki biarlah halal dan org yang beli puas hati.

    ReplyDelete