Cara betul membersihkan wajah.

Sebenarnya kita perlu mengetahui cara yang betul macam mana nak membersihkan wajah kita. Walaupun jenis pencuci muka yang kita gunakan tu mahal atau berjenama sekalipun, kalau kita tak tahu cara nak yang betul pun, tak guna jugak. Betul tak? Jom kita baca apakah cara yang betul untuk kita membersihkan wajah kita.

Pastikan solekan ditanggalkan betul-betul sebelum mencuci wajah. Solekan tak akan tanggal hanya dengan menggunakan air putih semata-mata. 

Cara yang baik adalah dengan menggunakan penanggal solekan atau olive oils. Kalau boleh, pilih penanggal solekan yang sesuai dengan kulit. Contohnya, olive olis  sesuai untuk kulit kering.

Pilih pembersih wajah yang sesuai dan tepat dengan jenis kulit kita. Ia membantu membersihkan wajah kita dari kotoran termasuklah minyak berlebihan. 

Selain itu, gunakan air suam untuk basahi wajah kita supaya pori-pori terbuka dan lembap sebelum memulakan proses pembersihan. Ia juga akan mudahkan kita membuang kotoran dari dalam.

Semasa membersihkan wajah dengan pembersih, lakukan dalam gerakan memutar sebab teknik ni akan bantu membuang kotoran dengan lebih baik, sekaligus melancarkan peredaran darah dan atasi masalah kelesuan dan kulit kusam.

Selepas tu, bilas wajah dengan kain tuala yang direndam dengan air sejuk. Ini penting supaya pori-pori yang terbuka tu kembali tertutup. Guna tuala wajah yang lembut supaya kulit tak cedera semasa mengelap.

Kemudian, lap wajah sampai kering dan spray wajah dengan spray penyegar diikuti dengan pelembap dan krim tabir suria/krim malam. Buat secara konsisten supaya wajah kekal sihat dan cantik.

Kita tak digalakkan membersihkan wajah terlalu kerap sebab ini akan menjadikan kulit jadi kering dan hilang kelembapan semulajadinya. Kulit akan jadi kusam dan proses penuaan terjadi dengan pantas.

Sebaiknya bersihkan wajah dua atau tiga kali sehari.

Sumber : Ruangan Tips Cantik.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews