Rasanya semua orang menghadapi masalah bintik pada hitam dan bintik putih pada muka. Kalau keadaan ni serius, ia dah tentu akan 'mencacatkan' penampilan kita. Nak berhadapan dengan orang pun rasa malu dan segan je kan. Lepas tu, tak pulak masa nak ke SPA untuk merawat wajah. Apa kata kita cuba cara ni. Mana tau ia serasi dan bintik bintik di wajah kita hilang. Tak salah kan nak mencuba.
Nak hilangkan bintik hitam dan bintik putih? Cuba ni... Kredit Google. |
Guna putih telur.
Rasanya semua dah tau akan keajaiban putih telur ni kan. Cuma sapukan putih telur pada wajah, kemudian tekapkan dengan tisu/kapas muka. Biar sampai kering, sebelum tisu/kapas muka itu ditarik perlahan lahan. Hasilnya, muka akan jadi bersih dan licin. Amalkan selalu untuk dapatkan hasil yang memuaskan.
Jadikan lemon dan gula sebagai skrub.
Caranya, campur perahan lemon dan sedikit gula kasar. Ia membantu menanggalkan bintik hitam dan membuang sel mati. Amalkan 2 kali seminggu, hasilnya kulit jadi bersinar dan bersih.
Campurkan yogurt asli dengan perahan lemon.
Gaul sebati campuran tersebut, sebelum disapu nipis pada wajah. Gosok wajah perlahan lahan, dan biar selama 15-20 minit sebelum dibilas bersih. Lemon bertindak sebagai pembersih kotoran secara mendalam dan jadikan kulit lebih cerah, dan yogurt bertindak memudarkan parut dan hilangkan cela pada wajah.
Guna kentang.
Kupas sebiji kentang, basuh bersih bersih, kemudian parut. Selepas tu, sapukan pada wajah yang bermasalah, terutama dagu. Biar 15-20 minit, sebelum dibilas dengan air suam.
Kaedah mengewap wajah sekurang kurangnya 2 minggu sekali.
Caranya, letak air panas dalam bekas besar, kemudian tutup kepala dengan tuala. Lepas tu, wapkan wajah selama 15 minit dan buatlah secara konsisten. Ini dapat membantu membuka liang roma yang tersumbat sebab liang roma tersumbat merupakan penyebab utama terjadinya bintik bintik ni semua.
Gosok bawang merah perlahan lahan pada wajah.
Kesannya, kulit wajah akan jadi licin dan bersih. Tapi, jangan gosok kuat sangat sebab nanti melecet pulak. Buatlah setiap malam sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.
Bagi cikla, kita kena rajin 'memanjakan' diri kita. Kalau dah malas, memang apa pun tak jadi kan. Ko bagilah petua apa pun, memang tak terbuatnya. Kalau ada duit lebih, pergi spa je la. Senang. Kan?
Sumber : Ruangan Tips Cantik.
No comments:
Post a Comment