Tips mencari pakaian sesuai dengan bentuk badan.

Semua orang mesti mahu kelihatan cantik bila menyarungkan pakaian kesukaannya. Kalau silap pilih, dah tentu kita dikatakan 'mangsa fesyen' dan nampak pelik. Betul tak? Sebab tu kita kena tau apa jenis bentuk badan kita (samada tinggi, rendah, kurus, atau gempal) sebelum kita membeli pakaian. Jom kita baca tipsnya.

Tips mencari pakaian sesuai dengan bentuk badan.
Tips mencari pakaian sesuai dengan bentuk badan. Image credited to google.

Badan bentuk jam pasir; rasanya semua perempuan khususnya nakkan bentuk badan macam ni kan? Perempuan yang mempunyai bentuk badan seperti ni mempunyai ukuran pinggul dan dadanya hampir sama/seimbang. Kelebihan perempuan yang mempunyai bentuk badan seperti ni adalah, mereka boleh pilih apa aje fesyen dan pakaian kesukaan mereka sebab apa yang dipakai semuanya nampak sesuai dan cantik.

Badan bentuk segi tiga; ciri bentuk badan sebegini adalah besar pada bahagian pinggul, tapi kecil di bahagian dada. Perempuan yang memiliki bentuk badan sebegini disyorkan meminimumkan corak pada bahagian pinggul ke bawah. Guna warna gelap/warna tanah untuk kesan kecil. Kalau boleh elak pakai skirt labuh dan blouse yang terlalu labuh supaya tak nampak 'lebar'.

Badan bentuk segi tiga terbalik; ciri bentuk badan macam ni adalah memiliki kaki dan pinggul yang kecil dan langsing, tapi bahu lebih bidang/luas daripada pinggul. Orang yang mempunyai bentuk badan sebegini disarankan memilih skirt jenis A-line, dengan tekstur yang garang serta corak mendatar, sebab ia dapat memberi keseimbangan pada tubuh. Mereka juga dinasihatkan memakai palazzo (seluar labuh), di samping memilih pakaian berwarna gelap/neutral untuk bahagian atas badan.

Badan bentuk segi empat; ciri bentuk badan sebegini adalah ia nampak sama rata dari atas sampai ke bawah. Mereka mempunyai bahagian pinggul dan dada yang seimbang, tapi bahagian pinggang 'kurang' terbentuk. Orang yang mempunyai bentuk badan sebegini disarankan memakai pakaian yang bahagian atasnya berlapik bahu. Jangan pilih seluar atau jeans yang terlalu ketat, tapi pilih baju dengan rekaan lebih pada bahu supaya nampak lebih cantik.
Semoga bermanfaat dan memberi kita panduan semasa mahu membeli pakaian. 

Sumber : Ruangan Stailo, KOSMO!

2 comments:

  1. Assalammualaikum CikLa..bila kita pandai dan betul memilih pakaian yang bersesuaian..kita pun rasa selesa dan yakinkan..hihi :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.