'Santai Tapi Sampai'

10 June 2016

Hargailah ibu dan bapamu......

Kita memang diwajibkan menghormati dan menghargai kedua ibu dan bapa kita lebih lebih lagi bila mereka dah tua. 

Rasanya tak terbalas semua pengorbanan dan kepayahan mereka untuk membesarkan kita, nak nak pulak jika keluarga hidup dalam serba kekurangan. Orang cakap, 'kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang.' 

Ada sesetengah ibu bapa jugak sanggup 'mengikat perut' mereka demi mengisi perut anak-anak. Allah, besarnya pengorbanan. Agak-agak ada tak anak yang sanggup buat macam tu untuk kedua orang tuanya? Mungkin ada, tapi hanya segelintir. Mungkin. 

Sebenarnya tak susah pun kita nak hargai dan amik hati mereka. Cukuplah kita bercakap dengan lemah lembut dengan mereka. Orang tua ni, makin berusia makin sensitif jiwanya. Janganlah cakap kasar atau kurang elok percakapan kita, sikit atau banyak mereka mesti kecik hati.  

So, kita sebagai anak kena selalu peka dengan setiap kata yang keluar daripada mulut kita. Bukan apa, kadang-kadang kita tak sedar pun yang kata-kata kita dah buat hati mereka terguris. 

Rasanya kita tak perlu berbelanja besar untuk membuatkan mereka happy. Tapi, kalau ada rezeki lebih tak salah kot kalau kita nak 'habiskan' untuk mereka. Paling tak pun, apa salahnya setiap kali kita balik ziarah mereka, bawaklah sikit barang keperluan mereka. Bak kata orang, kasi penuh peti ais.

Korang ingat tak masa kecik-kecik dulu, korang nangis-nangis nak mainan. Sampai berguling-guling kat depan kedai. 

Tapi, disebabkan si ibu dan bapa yang kesian dan tak sampai hati tengok anaknya sampai macam tu sekali, maka dibelikan jugaklah. Seluk poket belah kanan, seluk poket belah kiri. Berkira-kira, cukup ke tidak duit ni. 

Yang anak pulak. Cehhcehhh. Apa lagi senyum sampai ke telinga keluar kedai sambil pegang mainan kegemarannya. Ingat tak ingat tak. So, inilah masa kita pulak yang sanggup mengeluarkan duit demi orang tua.

Hargailah ibu dan bapamu......
Hargailah ibu dan bapamu...... Image credited to google.

Hargailah ibu dan bapamu......
Hargailah ibu dan bapamu...... Image credited to google.

Selain tu, berdoalah untuk mereka selalu lebih-lebih lagi bila mereka dah takde. 

Orang cakap, apabila meninggal seseorang itu, maka 3 perkara yang membantunya 'di sana' kelak, iaitu sedekah jariah yang diberikan semasa hidupnya, semua ilmu yang baik yang diajar olehnya kepada orang semasa masih hidup, dan DOA ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH terhadap kedua ibu dan bapanya. 

So, kita janganlah lupa berdoa untuk mereka walaupun kita berada jauh dari mereka. Kalau kita berada jauh dari mereka, rajin-rajinlah hubungi mereka untuk bertanya khabar. 

Rasa cikla, zaman sekarang ni takde alasan kot nak cakap susah nak call ke apa, sebab semuanya dah maju dan canggih. Ibu bapa zaman sekarang ni pun dah maju sebab mereka dah pandai gunakan macam Whatsapp atau Telegram untuk berkomunikasi. 

Mak dengan abah cikla sendiri pun dah pandai guna Facebook, Whatsapp tau. So, no more excuses. Korang tak tau, kita just call mereka bertanya khabar walaupun sekejap pun dah buat hati mereka berbunga riang je tau. Tersenyum lebar je. 

Rasanya tak salah kot kalau setahun sekali kita buat kata orang 'birthday event' untuk mereka. Paling tak pun, kita masakkan mereka makanan kegemarannya. Mesti mereka rasa terharu kan. 

Kalau dah malas sangat, ada duit lebih tu bawak je mereka makan makan kat restoran. Jamu diaorang. Mesti diaorang happy je. 

Korang nak tau tak betapa kuatnya kuasa 'pelukan dan ciuman' anak anak kepada orang tuanya? Memang mereka tak pernah nak cakap yang mereka nak anak-anak mereka peluk cium mereka. 

Tapi jauh di sudut hati mereka, mereka memang mahukannya. Lebih-lebih lagi kalau anak yang jarang mereka jumpa. Orang cakap sebulan sekali baru nampak muka. Siapa yang tak rindu anak kan? 

Kalau ada masa tu, bawaklah mereka melancong. Berjalan tengok-tengok tempat orang, orang cakap tukar tukar angin. Itupun kalau korang mampulah. 

Dah tentu mereka nak 'tengok dunia luar' jugak kan. Nak pergi sendiri memang taklah, maka anak anaklah yang diharapkan. 

Paling tak pun, bawaklah mereka berjumpa dengan saudara mara mereka yang lain. Dah tentu mereka gembira jugak. 

Hargailah ibu dan bapamu......
Hargailah ibu dan bapamu...... Image credited to google.


Jom kita sama sama menghargai kedua orang tua kita. Kalau sebelum ni kita jarang balik jenguk mereka, apa kata lepas ni cuba  luangkan masa sikit untuk mereka. Nak-nak pulak bulan bulan puasa ni kan. Hati ibu bapa yang tak sayu sedih bila time berbuka bersahur tu teringat kat anak-anak. 

Semoga bermanfaat. Ingatan untuk diri cikla jugak. *ala, rasa rindu pulak nak buka puasa dan bersahur dengan mak dan abah. 

1 comment: