Strawberry oh strawberry!

Siapa suka makan buah strawberry? Angkat kening. Hihi. Baguslah kalau korang suka makan buah strawberry ni sebab ia memang kaya dengan nutrien dan berkhasiat sangat. 

Ia juga berguna dalam bidang kecantikan, boleh merawat masalah kulit dan menjadikan wajah lebih menawan. Korang nak tau tak apa kebaikan buah ni dalam kecantikan? Jom baca ni.

Kalau korang nak tau, ekstrak buah strawberry digunakan sebagai bahan pembersih kulit, sabun dan masker. Ia menjadikan wajah nampak halus dan bersih sebab mengandungi vitamin C dan antioksidan. 

Di samping itu, ia juga berupaya membuang sel kulit mati, mengecilkan pori-pori wajah serta melembutkan dan meremajakan kulit.

Strawberry oh strawberry!
Strawberry oh strawberry! Kredit Google.

Sebagai penyegar, dengan cara mengisar buah strawberry menjadi jus. Kemudian, campurkan dengan 2 sudu teh estrak strawberry dengan air mawar. 

Gunakan campuran ni sebagai penyegar, dan simpan dalam peti ais. Ia berupaya mencerah, menghalus dan hilangkan parut dan kedutan.

Selain itu, strawberry jugak boleh merawat kerosakan kulit sebab adanya vitamin C yang membantu tingkatkan pengeluaran kolagen. 

Ada orang menjadikan strawberry sebagai masker. Buah strawberry dioleskan ke seluruh wajah, dan biarkan selama 20-30 minit sebelum dibersihkan dengan air sejuk. 

Hasilnya kulit akan jadi lebih anjal, halus, dan garis-garis halus semakin kurang. Kalau nakkan hasilyang awesome, amalkan 2 kali seminggu secara konsisten.

Di samping itu, strawberry dapat membantu merawat jerawat kerana ia berupaya mengimbangi minyak pada wajah dan membantu kecutkan sekaligus hilangkan jerawat tanpa kesan parut. 

Caranya senang je, hanya oleskan wajah korang dengan estrak strawberry, biarkan sekejap sebelum dibilas dengan air suam.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. 

Sumber : Ruangan Tips Cantik.

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews