'santai tapi sampai'

Syukur Alhamdullillah, puasa hari pertama ni nampaknya berjalan lancar. Mungkin sebab cuaca tak panas sangat. Redup je. Korang mesti dah be...

Tips berbuka puasa by Kevin Zahri.

Syukur Alhamdullillah, puasa hari pertama ni nampaknya berjalan lancar. Mungkin sebab cuaca tak panas sangat. Redup je. Korang mesti dah berbuka kan? Berbuka apa tu? Masak ke beli je kat bazaar?

Orang cakap, walau apapun keadaan jangan membazir tau. Nanti bila pergi bazaar, mulalah tengok makanan macam-macam. Itu nak beli ini nak beli. Sampai penuh satu meja. Last last, makan sikit je, yang lebih dipandang sayu je.

Paling sedih ke tong sampah pulak makanan tu duduk. Huhu. Sebenarnya, ada beberapa tips berbuka puasa yang cikla nak kongsikan dengan korang ni. Tips ni adalah dari Kevin Zahri. Korang mesti kenal kan. Seorang pakar kesihatan dan kecergasan popular.  Jom kita baca apa yang disarankan olehnya semasa kita berbuka puasa. 

Tips berbuka puasa by Kevin Zahri.
Tips berbuka puasa by Kevin Zahri. 

Tips 1 : Berbuka puasa dengan buah kurma.

Macam yang kita tau, kurma mempunyai gabungan gula ringkas yang dapat memberi tenaga cepat dan serat yang dapat memberi tenaga yang lebih lama. Kedua-dua bentuk tenaga ni dapat memberi kita tenaga untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum kita mengambil makanan yang lebih berat. 

Tips 2 : The 20 Minute Rules.

Suapan kurma masa kita berbuka sampai kita merasa kenyang mengambil masa 20 minit. Kalau kita makan banyak dalam tempoh 20 minit, mungkin kita akan terlebih makan. 

Tips 3 : Target kalori yang kita ambil masa berbuka dalam lingkungan 700 kcal.

Ambil makanan yang seimbang dahulu, seperti nasi (karbohidrat), ikan atau ayam (protein) dan sayuran dan buahan (serat).  Lepas tu baru makan makanan yang manis macam kuih muih dan desserts. Itu pun sikit je. 

Tips 4 : Ambil 3 jenis air.

Masa berbuka biasakan ambil air panas dulu tapi bukanlah air yang panas mendidih. Ini dapat membantu untuk 'panaskan' sistem penghadaman yang telah berehat lama selama lebih kurang 12 jam. Lepas tu, banyakkan minum air kosong. Tapi, takdelah terus minum 3-4 gelas terus. Take it slow and easy. Dan lastly, kalau nak minum air manis pun boleh, tapi janganlah berlebihan. 

Sebenarnya, semuanya akan jadi senang kalau kita dah biasa kan. Kalau tak biasa, buat slow slow takpe, janji kita buat walaupun tak drastik. Ini semua demi kesihatan kita di kemudian hari.

3 comments:

  1. nice sharing cik la... thanks :)

    ReplyDelete
  2. Hihi. Siqah pun ada sharing juga benda ni. Kawan ada bagi. Cuma siqah follow yang tip keempat je setakat ni. Hii

    ReplyDelete
  3. Oh! patutler in between tu 20 minit nak rasa kenyangnya.

    Kalau macam tu makan kurma 2 biji kemudian solat maghrib dulu.

    Lepas solat maghrib dah rasa kenyang jadinya bila kita sambung makan.
    Kita akan makan sedikit gitu.

    ReplyDelete