Awak dah nak bersalin ke? Apa tandanya?

Setiap ibu mengandung yang nak melahirkan mesti merasai macam mana sakit kontraksi tu. Rasa sakit ni dimulai dengan gejala rasa sakit yang ringan dibahagian punggung dan kemudian 'merebak' ke seluruh badan. 

Kalau cikla, cikla tak tau macam mana nak describe sakit kontraksi ni macam mana. Yang cikla tau memang sakit sangat. 

Pengalaman melahirkan anak kedua dengan ketiga, memang cikla rasa sentiasa sakit kontraksi semulajadi start  dari ringan sampailah kuat. 

Anak pertama cikla kena induce, so lepas induce barulah rasa sakit tu datang. Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh kita alert dan menandakan kelahiran baby semakin dekat. Jom baca info berguna ni.

Awak dah nak bersalin ke? Apa tandanya?
Awak dah nak bersalin ke? Apa tandanya?  Sumber Google.

  1. Bentuk tubuh berubah disebabkan perubahan hormon. Punggung akan nampak melebar dan ini akan mempermudahkan jalan lahir baby. Payudara pulak akan nampak semakin besar sebab  penghasilan susu.
  2. Punggung akan merasa sakit. Sebab tu, ibu kena tau membezakan antara sakit punggung biasa dengan sakit punggung mahu melahirkan. Itu semua kena alert tau...
  3. Perut akan terasa mengeras sebab baby dah mula turun ke bawah rahim, selain dari rasa memulas dan ini akan membuatkan perut semakin mengeras.
  4. Dinding rahim semakin mengeras sebelum proses kelahiran berlaku. Kadang-kadang, ibu memang tak perasan rasa sakit kontraksi ni, so ibu kena tau rasa sakit tu adalah kontraksi atau bukan.
  5. Lendir keluar dari vagina, dan ni juga menandakan baby dah dekat nak lahir. Lendir ni kemudian akan bertukar menjadi air, dan akan mengalir keluar bila tiba saat ibu mahu melahirkan. Begitu jugak kalau adanya cairan darah pada vagina.
  6. Rasa tak tahan sangat nak buang air kecil. Memang sebelum ni ibu mengalaminya. Tapi kali ni memang tak boleh nak tahan-tahan sangat. Nah, ini salah satu tanda jugak sebab baby dah semakin mendorong ke bawah.
  7. Gerakan baby perlahan terasa sebab baby sedang mengatur posisi kelahirannya.
  8. Air ketuban pecah. Ini antara tanda melahirkan yang paling popular. Ini disebabkan adanya kontraksi vagina. Kalau berlaku, cepat-cepat pergi hospital jangan tunggu lagi.
  9. Emosi ibu jadi tak stabil. Ia melibatkan gelojak energi yang berlebihan atau si ibu kadang kala ingin bersendiri. Ini wajar sebab fasa melahirkan perlu persiapan dari segi mental dan fizikal. 
  10. Tanda terakhir adalah pembukaan, iaitu kepala baby sudah berada di pintu rahim. Rahim akan terbuka satu persatu sekitar 2 jam sekali yang semakin dekat untuk bersalin.

Apa yang penting, kena alert. Orang cakap ibu kena tau dan sentiasa peka dengan tanda-tanda ni sebab kita yang mengalaminya bukan orang lain.

Sumber : Majalah Wanita.

No comments:

Powered by Blogger.