21 June 2016

Nak turunkan berat badan? Cuba resepi air detoks ni....

Nak turunkan berat badan? Cuba resepi air detoks ni.... | Assalamualaikum wbt. Kadang-kadang pening jugak sebab dah cuba macam-macam produk untuk turun jugak. Apa kata korang cuba pulak diet detoks ni sebab ia dikatakan membantu mengurangkan pengambilan kalori sehingga mengurangkan lemak dalam badan.

Jangan lupa minum banyak air, makan buahan dan sayuran organik secukupnya. Jangan lupa bersenam dan bersukan jugak tau untuk dapatkan 'hasil' yang lebih berkesan.

Sebelum ni cikla ada share pasal air detoks dan kebaikannya. (Klik SINI untuk baca entri).

Kali ni cikla nak share lagi beberapa resepi air detoks yang mungkin korang boleh cuba untuk menurunkan berat badan.

Nak turunkan berat badan? Cuba resepi air detoks ni....

Nak turunkan berat badan? Cuba resepi air detoks ni....
Nak turunkan berat badan? Cuba resepi air detoks ni....
  1. Timun + Limau + Lemon = ketiga tiga bahan ni boleh mengawal nafsu makan selain elakkan perut dari kembung. 
  2. Teh hijau + Pudina + Oren = ia berkesan membakar lemak, melancarkan penghadaman, atasi sakit kepala dan bau mulut. 
  3. Timun + Lemon + Limau nipis + Oren = membantu mengawal selera makan dan tingkatkan metabolisme badan.
  4. Lemon + Pudina = membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan melancarkan proses penghadaman. Sangat membantu menurunkan berat badan.
  5. Oren + Lemon + Limau nipis = sesuai untuk kesihatan perut sebab oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Ia jugak berkesan untuk atasi masalah perut buncit.
  6. Strawberi + Oren + Pudina = mampu atasi masalah kolesterol, atasi masalah sembelit dan mencegah masalah kembung perut.

Selamat mencuba dan berdetox... ❤❤

Sumber : Ruangan Kelab Diet.

6 comments:

  1. best baca entry ni!!nak maintain kurus!!

    ReplyDelete
  2. Air detox bagus sekali.... Bonde suka

    ReplyDelete
  3. Salam..

    menarik ni boleh saya try...jap nak bookmark page ni...
    terima kasih sudi kongsikan

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.