Jom buat Cheesekut.

By Cikla Shahril - June 06, 2016

Salam 1 Ramadan. Puasa tak hari ni?  Baru hari pertama puasa kot, tak kan nak ponteng dah. Hehe. Ok ok, sebenarnya cikla nak share satu resepi senang. "Cheesekut". Cikla dah try dah, cikla buat dengan adik cikla masa balik kampung minggu lepas. Memang sedap, lagi lama simpan dalam peti ais lagi sedap, Nyumn. Manatau korang boleh buat untuk bukak puasa nanti. Sebagai pemanis mulut kata orang.

Jom kita tengok bahannya dulu.

Bahan bahan membuat cheesekut.

Cheesekut senang, resepi cheesekut senang dan mudah, guna milo buat cheesekut, susu segar bahan untuk cheesekut, biskut lemak buat cheesekut
Jom buat Cheesekut. Bahan bahan untuk membuat Cheesekut. 

1 peket biskut cream craker.
3/4 tin susu pekat manis. (kemanisan ikut suka)
250 gm cream cheese (Tatura brand)
250 mL susu rendah lemak (cikla guna Dutch Lady brand)
1peket kecil Nestum.
1 peket kecil Milo. (ikut suka nak letak pun boleh, tak letak pun boleh jugak)

Cara nak buat cheesekut;

Cheesekut senang, resepi cheesekut senang dan mudah, guna milo buat cheesekut, susu segar bahan untuk cheesekut, biskut lemak buat cheesekut
Cara 1 ; Jom buat Cheesekut.

Langkah demi langkah 1-3.

Dengan menggunakan mixer, putarkan 250gm cream cheeese bersama 3/4 tin susu pekat manis dan 2 sudu susu rendah lemak Dutch Lady. Biarkan bahan bahan itu sebati dan nampak kembang. (Macam no. 2). Sementara itu, rendam biskut cream cracker satu demi satu dalam susu rendah lemak Dutch Lady. 

Cheesekut senang, resepi cheesekut senang dan mudah, guna milo buat cheesekut, susu segar bahan untuk cheesekut, biskut lemak buat cheesekut
Jom buat Cheesekut.

Langkah demi langkah 1-4.

Selepas biskut direndam dalam susu, susun biskut dalam loyang berbentuk segiempat tepat sampai penuh permukaan pertama. Kalau ada lubang kecil, just patahkan biskut then tutup lubang kecil tu. Janji semua lubang ditutup.

Setelah itu, tuangkan perlahan lahan bahan di cara 1, dan ratakan sehingga menutupi biskut. Lepas tu, taburkan nestum dan diikuti dengan milo dan ratakan sekata. Ulangi langkah tadi, start dari susun biskut, tuang campuran di cara 1, tabur nestum dan last sekali taburkan milo sampai penuh loyang. Bila dah penuh, sejukkan dalam peti ais sampai cheesekut keras (seeloknya biarkan semalaman) sebelum dipotong. So,  inilah hasilnya.

Cheesekut senang, resepi cheesekut senang dan mudah, guna milo buat cheesekut, susu segar bahan untuk cheesekut, biskut lemak buat cheesekut
Cheesekut. 

Macam mana? Senang lagi mudah kan?  Dah jadi feveret cikla lah pulak cheesekut ni. Nak buat pun senang. Selamat mencuba semua.

  • Share:

You Might Also Like

7 Comments

  1. Nampak senAng Tp SA Bab baking ke..buat kuih ke..memang fail..kalau buat lauk pakar...

    ReplyDelete
  2. Cikla!! Thank you for the recipe! Siqah dah save tau. Hii. Nampak macam sedap je nie. Suka makan tapi malas nak buat. Mungkin boleh cuba nanti. Hii

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. tapi nak buat tak rajin la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kena rajin lepas ni kalau nk mkn ...

      Delete
  4. uishh sedapnyaaaa. bilalah mood rajin nk datanggg nii

    ReplyDelete