'Santai Tapi Sampai'

7 June 2016

Air mata lelaki, banyak maksudnya.

Rasanya kita jarang or susah nak tengok lelaki menangis kan? Ini mungkin sebab mereka lebih berjiwa tabah berbanding perempuan. Mungkinlah. Agaknya apalah tanggapan kita bila berdepan dengan lelaki yang selalu menangis. 

Jangan ingat mereka tak 'macho' bila mereka senang mengalirkan air mata. Tak semestinya tau. 

Sebenarnya, ia menunjukkan akan kejujuran mereka dan berhati bersih. *orang yang cakaplah bukan ciklaLelaki yang susah nak menangis tu mungkin ego mereka lebih tinggi. Barangkali agaknya.
 
Air mata lelaki, banyak maksudnya.
Air mata lelaki, banyak maksudnya. Kredit Google.

Korang nak tau tak kenapa ada sesetengah lelaki ni mudah mengalirkan air matanya? Mungkin ini sebabnya;

1. Bila kematian orang yang disayangi/dicintai. Siapa yang tak sedih kan bila kehilangan orang yang kita sayang. Tak kiralah ahli keluarga, kekasih ataupun sahabat rapat. 

2. Bila tengok orang yang disayangi sengsara. Rasanya takde siapa kot yang 'tahan' dan tak sedih bila tengok orang yang dia sayang terseksa, sengsara, menderita kan? Bagi mereka, biarlah mereka berasa di tempat itu, nak-nak pulak mereka gagal 'menyelamatkan' orang tersayang mereka. Akhirnya mereka kecewa dan rasa sedih sangat. 

3. Bila mereka mengecewakan keluarga atau orang tersayang. Kalau nak dibandingkan dengan membuatkan orang yang mereka sayang merasa marah, mereka akan lebih rasa bersalah bila mereka mengecewakan orang tersayang yang kecewa dengan apa yang dilakukannya. 

4. Bila ditinggalkan oleh orang tersayang. Mungkin sebab dia rasa betul-betul kecewa dan rasa sayang yang teramat pada pasangan. 

5. Bila membuat ibu bapa rasa bangga. Semua orang ingin membuat ibu bapanya rasa bangga dengan apa yang dilakukannya. Rasa itu tak akan dapat diungkap bila tengok ibu bapa kita tersenyum lebar melihat kejayaan anaknya. 

6. Bila lamaran diterima. Hehe. Kalau yang ni, wanita pun boleh menitiskan air mata bila mana menerima lamaran dari lelaki yang disayang. Lelaki pun macam tu jugak. Nak-nak pulak perempuan yang begitu susah nak ditawan hatinya. Wow, memang susah nak digambarkan dengan kata-kata. 

7. Bila saat menikah dan bergelar suami. Jangan ingat perempuan je yang mengalirkan air mata gembira saat akad dilafazkan oleh sang suami, lelaki pun sama tau. Bukan apa, ini merupakan kenangan terindah dalam hidup keduanya. Bak kata orang kalau boleh kawin biarlah sekali sampai ke syurga. Betul tak? 

8. Bila menerima kelahiran anak pertama. Bukan semua lelaki 'sanggup' menyaksikan sendiri kelahiran anak pertama. Tak dinafikan, semua lelaki yang pertama kali menjadi ayah akan terasa teruja dan seronok, terutama pertama kali melihat wajah comel anaknya yang baru lahir.

Air mata lelaki, banyak maksudnya.
Air mata lelaki, banyak maksudnya. Image credited to google.

Ermm, pernah tak korang berdepan dengan lelaki macam ni? Ni cikla nak share beberapa tips macam mana nak berhadapan dengan mereka;

  • Tenangkan dia dengan memberi kata kata semangat. 
  • Tak mudah buat andaian, contohnya bila lelaki menangis bermakna mereka tak 'tulen'. Sebaiknya, terimalah diri mereka seadanya. 
  • Jangan panik dan gelabah. Beri masa pada dia untuk menenangkan diri dia.

Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

2 comments:

  1. hehhee..lelaki menangis itu tak semestinya dia tak tulen yer..hehe

    ReplyDelete
  2. orang lelaki ni kalau dah menangis lagi teruk rupanya daripada orang perempuankan..

    ReplyDelete