Jom ketahui personaliti lelaki melalui gigi.

Dengar macam kelakar je kan. Boleh ke nak kenal personaliti orang melalui gigi. Walaupun kita tak bolehlah nak percaya bulat bulat, tapi tak salah kot kalau kita nak jadikan panduan supaya kita dapat mengenali keperibadian dan sikap pasangan kita. Betul tak? Apa lagi, jom baca.

Jom ketahui personaliti lelaki melalui gigi.
Jom ketahui personaliti lelaki melalui gigi. Image credited to google.

  1. Jarang dan kecil; dikatakan suka menilai diri orang lain, tapi dia sendiri tak suka dikritik orang. Mereka juga tak suka mengalah walaupun dah buat silap. 
  2. Saiz sederhana dan rata; dikatakan seorang yang baik hati dan suka membantu. Mereka juga ingin membahagiakan orang lain. 
  3. Besar dan jarang; dikatakan mempunyai sikap iri hati dengan kejayaan orang lain. Mereka juga keras kepala dan sanggup lakukan apa aje asalkan apa yang dimahukannya tercapai. 
  4. Jongang dan kecil; dikatakan orang yang mempunyai gigi sebegini mudah bertolak ansur. Mereka juga keras kepala tapi kena dengan tempatnya, sebab masih boleh dibawa berbincang. 
  5. Jongang dan besar; mereka yang mempunyai gigi sebegini dikatakan bermulut celupar, mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang mereka ada. Positifnya, mereka senang berjaya dan sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik. Selain itu, mereka jugak bersikap agresif dan rajin. 
  6. Gigi tak tersusun; mereka merupakan teman bicara yang sangat memahami, sentiasa mendengar dan beri nasihat. Mereka jugak berpengetahuan luas, bersikap kebudak budakan tapi pandai membahagiakan orang lain.
  7. Masuk ke dalam; mereka seorang yang pemalu dan suka sembunyikan sikap sebenar mereka tapi agak pasif. Mereka juga bersikap pendiam dan tak pandai sangat nak bergaul dengan orang lain tapi mereka cukup pandai simpan rahsia. 
  8. Kecil dan tersusun; biasanya berwajah keanak anakan. Mereka jugak suka membantu orang lain dan boleh dipercayai dari segi percakapannya.

Ermmm, just for fun aje ni. Jangan amik serius pulak. Kalau ada yang sama tu, kebetulan aje kot. 

Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews