Takzirah pendek : Kopiah dan kasut.

Kadang kala, takzirah pendek pun dapat menjentik hati kita 'berfikir' dan berubah menjadi lebih baik. Jom kita baca tazkirah pendek kopiah dan kasut. InshaAllah, mana tau ia memberi kita sedikit keinsafan dalam hati kita.

Begini ceritanya,

Harga bagi sebiji kupiah antara rm 5 hingga rm 30, manakala kasut pula antara rm 50 hingga rm 300. Kupiah walaupun harganya murah, tapi letaknya di kepala dan dibawa solat. Kasut yang mahal itu duduknya di kaki sahaja, sampai di masjid kena tanggal dan letak di tangga.

Begitulah dengan hidup ini, Allah tidak memandang siapa kita tapi Allah pandang fungsi kita, bagaimana kita mengisi hidup ini, bagaimana kita merancang kehidupan selepas mati nanti. Harga seorang hamba bergantung kepada amalannya.

Takzirah pendek : Kopiah dan kasut.
Takzirah pendek : Kopiah dan kasutImage credited to google.

Pada pendapat cikla, walaupun kita kaya itu tak bermakna kalau amalan kita zero, sebab bukan itu yang dipandang oleh Allah. Kalau kita kaya, dan banyak pulak membuat amalan, Allah pasti akan melipat gandakan rezeki kita. Itu satu bonus.

Tapi, walaupun kita miskin harta, sepatutnya kita kaya amalan sebab itulah yang akan dihisab di sana nanti.

Jom sama-sama kita perbaiki diri kita. InshaAllah, nak-nak pulak di bulan penuh berkat ni. Jangan lepaskan peluang.

Sumber : WhatsApp.

2 comments:

  1. Kita takkan pernah puaskan hati orang
    Teruskan hidup selagi menepati syariat
    Happy blogging

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews