Menghadapi cuaca panas, bagaimana ibu mengandung menanganinya?

Cikla kalau mengandung mesti asyik rasa panas je. NakAnak pulak cuaca sekarang pun panas dan kering kan. Bulan puasa lagi. Mandi kadang-kadang sampai dua tiga kali. Itu pun still bahang lagi. Dugaan dugaan.

Sebenarnya, kepanasan yang keterlaluan sangat adalah tak elok untuk ibu mengandung. Tapi takpe. Meh baca ni, cikla nak share macam mana ibu-ibu mengandung macam cikla ni nak hadapi cuaca panas ni. Ada tipsnya. Jom baca.

Menghadapi cuaca panas, bagaimana ibu mengandung menanganinya?
Menghadapi cuaca panas, bagaimana ibu mengandung menanganinya? Image credited to google.

  1. Seharusnya hindari makanan bergaram, sebab pengambilan makanan ni boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan pra eklampsia, malah garam jugak boleh menyebabkan beberapa bahagian badan alami pembengkakan terutama di bahagian tangan dan kaki. So, kalau kaki dan bengkak mesti macam malas nak bergerak kan? Keadaan ni akan menjadikan badan jadi tak selesa dan cepat panas.
  2. Tip paling senang, banyak minum air putih. Ia akan memberi rasa segar dan berfungsi menggantikan cecair yang hilang semasa cuaca panas. Lagipun, ibu mengandung lebih mudah mengalami dehidrasi.
  3. Guna krim pelindung matahari dengan kerap. Lagipun, kulit ibu mengandung lebih sensitif disebabkan oleh perubahan hormon. Kalau kulit terdedah secara terus kepada matahari, ini akan menjadikan kulit cepat kering, kusam dan menggelupas. So, jangan lupa gunakan krim lebih lebih lagi kalau berada di luar rumah.
  4. Elakkan penggunaan air hangat semasa mandi. Kalau guna air hangat, ini akan turut menjadikan kulit kering. Guna je air paip biasa, lagi best. Segar pun segar.

Ibu mengandung ni sebenarnya banyak yang nak kena jaga. Ini semua demi kebaikan ibu dan anak dalam kandungan. Tak apalah kita 'berkorban' sikit. Alah, 9 bulan aje kan. Asalkan takde masalah yang timbul kelak. 

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews