Elak provokasi!

Korang tau tak apa maksud 'provokasi'? Sebenarnya, provokasi bermaksud cari pasal. Wahhh, korang suka cari pasal ke? 

Tak elok tau kalau suka cari pasal, nak-nak pulak dalam hubungan suami isteri. Tak kiralah suami atau isteri yang mencetuskan keadaan ni, tapi kesannya  memang tak elok.

'AlahAku saja provoke sebab nak luahkan apa yang terbuku kat hati ni.'

Memang. 

Memang sesetengah orang suka 'cari pasal' sebab tak tau macam mana nak luahkan apa yang dia tak puas hati atau pendamkan. 

Bak kata orang, dah lama bersabar dah. Tapi, bagi cikla itu semua mestilah kena gayanya. Jangan main terjah je!

Orang yang menerimanya pun terkejut dengan tindakan kita, at last dia pulak yang bertindak di luar jangkaan kita. Kan dah rugi diri sendiri. 

Mungkin niat asal kita saja nak provoke sebab konon-konon merajuk dengan dia, nak mintak dia pujuklah tu. Tapi, lain pulak yang kita dapat. Biasalah, kadang-kadang kita susah nak baca 'perangai' manusia ni.

'Sedangkan anak sungai lagi berubah, ni pulak hati orang.'

Perempuan, biasanya memang selalu emosi. Mereka selalu meluahkan emosi marah mereka kalau ada yang tak puas hati dengan pasangan, tapi dalam masa yang sama dalam hati tu mengharap pasangan tu memujuk. 

Lelaki pulak, hakikatnya kebanyakannya tak reti nak pujuk, lepas tu bila isteri atau pasangan buat macam tu lagilah rasa mereka tak dihargai dan dihormati. Itu ada sesetengahnya mengambil 'langkah drastik' yang tak disangka sangka. Nauzubillah, mintaklah dijauhkan.

Apa yang penting, saling bertolak ansur. Jangan perbesarkan hal yang kecil. Matanglah sikit. 

Orang cakap jangan layan provoke tak kira dari isteri atau suami, sentiasa rasional dalam setiap tindakan dan kalau ada masalah bertindaklah dalam sedar dan selesaikan secara 'dewasa'. 

Lagipun, ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Percayalah dengan setiap apa yang berlaku, Allah hanya menguji kita sebagai hambaNya. Semoga menjadi ingatan dan teguran untuk kita semua termasuk cikla jugak.

Sumber : Ruangan Resepi Hidup.

1 comment:

  1. Sedangkan anak sungai lagi berubah inikan pula hati manusia. suka gila kata-kata ni!

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews