Kalau korang nak tau, dapur adalah salah satu tempat kesukaan anak-anak kita untuk bermain. Macam anak cikla, nak-nak pulak yang kecik tu, si Ammar memang setiap kali cikla masak kat dapur, mesti dia pun turut sama 'memasak' dan 'membantu' ibunya. Tu yang kadang-kadang angin jugak ibunya, mana taknya kita nak cepat jadi lambat pulak. Lagi-lagi bulan puasa ni. Grrr, sabar-sabar! Itu belum lagi dia main dengan segala periuk belanga kuali pinggan sudip cawan cikla tu. Memang lintang pukang jadinya dapur cikla. Hissshhhh.
Sebenarnya, kawasan dapur bukanlah tempat selamat bagi anak-anak untuk bermain. Mereka akan terdedah kepada risiko melecur dan terpercik minyak panas, di samping mungkin mereka boleh jatuh tergelincir disebabkan oleh lantai yang basah atau selepas dimop. Ada kalanya masa mereka berlari-lari tu mereka terlanggar benda tajam atau barang mudah pecah. Kan dah kena kaca dah. Luka lagi.
Dan yang paling bahaya kalau anak terhidu dapur gas yang bocor dan jika berlaku kebakaran. Nauzubillah. Mintak-mintaklah dijauhkan.
Dan yang paling bahaya kalau anak terhidu dapur gas yang bocor dan jika berlaku kebakaran. Nauzubillah. Mintak-mintaklah dijauhkan.
Anak dan bahaya di dapur. Image credited to google. |
Tapi, bagi cikla semua itu boleh dielakkan. Apa kata kita baca tips ni, yang mana ibu atau bapa boleh mengelakkan anak-anak mereka dari bahaya semasa mereka berada di dapur.
- Ajar anak pasal bahaya di dapur. *ikut kesesuaian umur anak. Kalau anak masih kecil, ibu bapa kena sentiasa alert dengan apa yang mereka lakukan dan kalau boleh pastikan dapur sentiasa kemas dan selamat terutama peralatan di dapur.
- Macam cikla cakap tadi, ibu bapa kena pastikan keadaan dapur sentiasa bersih dan kemas serta selamat. Simpan peralatan yang boleh membahayakan seperti pisau, gunting, pinggan atau gelas kaca di tempat yang selamat dah sukar untuk diambil oleh anak.
- Ada anak suka membuka peti ais sendiri dan mengambil makanan yang ada di dalamnya. Jadi, ibu bapa kena pastikan yang makanan dalam peti ais itu selamat untuk dimakan dan pastikan ia tak tamat tempoh. Ini penting untuk mengelakkan anak dari mengalami keracunan makanan.
- Lantai pulak mestilah kering dan tak licin. Kalau boleh pastikan kabinet atau meja tak mempunyai bahagian tepi/bucu yang tajam bagi mengelakkan anak dari terhantuk dan luka.
- Cuba maksimumkan penggunaan ruang dapur, dan kalau nak menghias dapur pun, pastikan ia tersusun rapi dan kemas supaya ia tak mendatangkan bahaya pada anak.
- Segala jenis rempah ratus yang digunakan dalam masakan sebaiknya disimpan dalam bekas yang selamat dan tak mudah pecah! Budak-budak biasalah, bila dia tengok rempah ratus yang berwarna warni mulalah dia nak buat main masak-masak. So, memang bahaya nak-nak pulak yang dia main tu serbuk cili! Tak ke naya nanti!
Bagi cikla, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa peka. Budak-budak apalah taunya. Walaupun ada yang cakap, malang tak berbau, tapi kalau kita sentiasa beringat InshaAllah perkara buruk dapat dielakkan. Please alert okey.
Sumber : Ruangan Panduan Ibu Muda.
No comments:
Post a Comment