Tips meningkatkan pengambilan air semasa bulan puasa.

Kita memang disarankan mengambil air kosong yang cukup untuk badan kita, iaitu 6-8 gelas sehari, lebih-lebih lagi di bulan puasa. Kalau ambil lebih lagi bagus. Ini kerana, air memang sangat penting untuk kelancaran fungsi badan kita.

Kalau kita kurang mengambil air kosong, mungkin kita akan terkena sembelit dan mengalami keletihan. Apa yang diutamakan di sini adalah pengambilan air kosong. Akan tetapi, kita boleh jugak mengambil jus buah-buahan atau susu rendah lemak. Kalau boleh, elakkan mengambil air manis yang semestinya mengandungi pewarna dan perasa tiruan.

Masa berbuka puasa pulak, kita digalakkan untuk membuat air sendiri yang memang dah terjamin kebersihannya. Tapi, biasalah kan. Kalau dah pergi bazaar tu, tak sah kalau tak beli air kan. Dengan warna air yang macam-macam, tergugat jugak iman tu, rembatlah sebungkus dua untuk di bawa balik.

Tips meningkatkan pengambilan air semasa bulan puasa.
Tips meningkatkan pengambilan air semasa bulan puasa. Image credited to google.

Kalau korang nak tau, selain dari meminum air, kita juga boleh meningkatkan jumlah cecair dalam badan kita dengan mengambil sup atau jus buah semasa berbuka. Apakah cara lain yang boleh kita buat untuk meningkatkan pengambilan air dalam badan?

Minum 2 gelas air semasa berbuka, termasuklah jus buah dan susu rendah lemak, minum 2-3 gelas air sebelum tidur, dan minum 2 gelas air sewaktu bersahur.

Sumber : MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews