'Santai Tapi Sampai'

7 June 2016

Jom ikut cara Rasullullah SAW berdiet.

Kita memang disarankan mencontohi apa yang sering dilakukan oleh Rasullullah SAW. Pendek kata semua amalan dan sunnah baginda mencakupi semua aspek termasuklah dalam pemakanan yang sihat dan kesihatan diri. Baginda merupakan contoh teladan terbaik yang patut kita ikut. 

Dikatakan baginda Rasullullah tak pernah mengalami sakit perut sepanjang hayatnya sebab baginda bijak menjaga pemakanan baginda sehari hari. Nak tau apakah tatacara pemakanan yang sihat yang baginda amalkan? Jom baca ni.

Jom ikut cara Rasullullah SAW berdiet.
Jom ikut cara Rasullullah SAW berdiet. Image credited to google.

  1. Selalu meminum susu. Kita tau susu kaya dengan sumber kalsium, vitamin A dan B dan protein yang berkualiti tinggi. Kesemua nutrien ni penting untuk membina tisu badan dan menggalakkan pembentukan antibodi yang melawan penyakit. Lagipun, susu merupakan minuman kegemaran Rasullullah! 
  2. Tidak minum susu semasa memakan daging, ayam atau ikan. Ini dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Memang tak dinafikan sebab ada kajian menunjukkan bila kedua dua bahan ni bercampur akan menyebabkan perut dan usus rosak teruk. Lagipun, ada riwayat mengatakan yang Rasullullah pernah melarang sahabat baginda makan ikan bersama susu. 
  3. Rasullullah melarang minum susu bersama cuka, sebab cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu. Manakala, cuka itu sendiri bersifat asid yang boleh meghakis perut. Lama kelamaan kia boleh mendapat gastrik. 
  4. Tidak mencampur ikan bersama daging, telur atau salad. Dalam Al Quran ada mengatakan kita dilarang mencampurkan makanan darat bersama makanan laut sebab keduanya mempunyai cas ion yang berbeza. Jika dimakan bersama, perut kita akan mengalami masalah. 
  5. Rasullullah sentiasa mengamalkan memakan buah sebelum nasi. Bila kita makan buah sebelum nasi, perut kita akan penuh dengan serat, jadi kita tak akan mengambil nasi dalam jumlah yang banyak dan berlebihan. 
  6. Rasullullah juga selalu mengamalkan memakan Habbatus Sawda bersama barli dan oat. Ia dikatakan baik untuk kesihatan jantung, di samping membantu atasi masalah obesiti yang melampau dan mampu cegah kanser. 
  7. Rasullullah memakan roti asli daripada gandum sempurna. Ia lebih baik dari gandum yang diproses sebab ia mengandungi tinggi kadar protein, serat dab vitamin E di samping zat yang lain yang mana dapat membekalkan tenaga. 
  8. Memakan buah kurma memang tak dinafikan kelebihannya. Ia dianggap makanan sempurna sebab mengandungi pelbagai khasiat, termasuklah tinggi kandungan serat dan rendah lemak. Ia merupakan hidangan kegemaran Rasullulah dan keluarganya.

    Oleh itu, apa kata kita ikut cara diet Rasullullah ni kalau nakkan kualiti kesihatan yang baik. Tak perlulah kita nak bergantung kepada ubatan seperti supplement dan vitamin tambahan semata-mata. Ikut je amalan Rasullullah ni, inshaAllah kita akan perolehi kesihatan yang baik.

    Sumber : Kisah Teladan Rasullullah.

    2 comments: