Kisah hari ke-18 puasa : Misi mengemas rumah bermula.

Salam 18 Ramadan. Syukurlah, kita masih diberi kesempatan meneruskan puasa dan InshaAllah dapat mengumpul pahala sebanyaknya. Hari ni, boleh dikatakan cikla dah start kemas rumah. 

Biasalah, dah boyot boyot macam ni rasa macam dah larat nak buat sorang sorang. Itu pun, cikla baru buang habuk, pastu kemaskan guest room

Lap tingkap dapur sikit. Itu pun dah termengah mengah. Adik Ammar memanglah tolong. Tapi, tolong kacau. Orang menyapu, dia menyapu. Orang vakum, dia pun sibuk sama. Huhu. Itu belum lagi kakak dia dua orang tu. 

Mujurlah budak berdoa tu sekolah. Kalau tak, memang tak jadi kerjalah jawabnya. Takpelah. Esok sambung lagi. Hihi.

Korang macam mana pulak? Dah mula kemas rumah ke? Bukan apa, kemas awal awal kan senang. Malam raya dah takde banyak kerja nak buat, sebab semua dah settle. Hihi.


1 comment:

  1. belum kemas lagi.. kena tggu balik kl la baru mula mengemas ni.. hoho seminggu sebelum raya la baru start mengemas nampak gayo nye gini..
    selamat berkemas rumah la yer..

    Blogwalking sini, jom belajar tutorial ni

    Cara Untuk Rendahkan Bounce Rate Blog article...

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews