Advertisement

Elok ke minum air detoks?

ELOK KE MINUM AIR DETOKS? Rasanya semua tau kot pasal air detoks ni. Masa cikla pergi bazaar Ramadan kat Shah Alam baru-baru ni pun, cikla pernah ternampak orang jual air ni. Sebelum ni pun, cikla memang pernah dengar yang orang cakap air detoks ni elok untuk kesihatan dan untuk orang yang nak berdiet. Hubby cikla pun dah terjebak minum air ni, dan air ni menjadi salah satu air kesukaan dia. Kos nak buat air ni pun murah yang amat, tak payah nak keluar belanja besar-besar. Sebelum tu, jom kita baca apa bendanya air detoks ni....

Elok ke minum air detoks?

Kalau korang nak tau, air detoks ni dikenali jugak sebagai Infused Water. Ia dihasilkan dari campuran air kosong, hirisan buah buahan segar dan daun herba. Biasanya orang guna daun pudina, daun peppermint, serai, halia atau cucumber.  Campuran ni dibiarkan kira kira 5-6 jam dan di simpan dalam peti sejuk sebelum diminum

Seeloknya, simpan air detoks dalam bekas bertutup dan perlu dihabiskan dalam tempoh sehari untuk memastikan kesegaran buah, walaupun ia boleh bertahan selama lebih kurang seminggu. Rupanya, ada macam-macam perasa air detoks ni kan? Cuba korang tengok gambar kat bawah tu. Setiap jenis air detoks tu ada fungsinya.... 

Elok ke minum air detoks?
Elok ke minum air detoks? Sumber Google.

Antara kebaikan air detoks ni, ia boleh mempercepatkan penyingkiran toksin dari badan, selain ia dapat menaikkan selera makan kita. Ia jugak boleh dijadikan minuman semulajadi yang sangat berbaloi-baloi sebab nak buat air detoks ni bukannya perlukan belanja yang besar pun. Bak kata orang, kena  perlukan sedikit kesungguhan. 

Di samping itu, ia jugak boleh memberi sokongan gula dalam darah dan membantu melancarkan sistem penghadaman. Jom cikla nak share beberapa lagi air detoks yang mungkin korang boleh cuba kat rumah...

  1. Hirisan lemon + strawberry  + apple + daun pudina + serbuk kulit kayu manis = mampu mengawal selera makan sekaligus mencantikkan kulit. 
  2. Hirisan cucumber + strawberry + kiwi = mampu membantu beri sokongan gula dalam darah.
  3. Hirisan lemon + daun pudina + halia + strawberry + blueberries = dapat mengekalkan berat badan normal, bagus untuk kulit beri tenaga.

Selamat mencuba dan selamat men'detoks'kan diri.

Sumber : Ruangan Tips Sihat.

Post a Comment

4 Comments

  1. Aina selalu minum honey lemon. =) hihihi Sbb kalau makan terlalu berminyak nnti mesti pening n nak muntah. Bila amal kan honey lemon, alhamdulillah okay =) Lps ni nk cuba resepi detoks dkt ats tu pulak la =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Rasanya dah ramai suka minum air ni... Selamat mencuba ye aina..

      Delete
  2. dulu rajin buat air detoks.. tapi sekarang malas lebih menguasai pulak

    ReplyDelete