Sebelum ni, cikla ada share tips berpuasa sepanjang bulan puasa ni kan. Baca SINI. Ada beberapa tips lagi yang cikla nak share berkaitan dengan berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Jom baca;
- Segerakan berbuka bila dah sampai waktu berbuka. Seeloknya berbukalah dengan buah kurma sebab ia adalah sunnah Rasullullah SAW. Kalau takde buah tamar, berbukalah dengan air masak dulu sebelum kita memakan makanan lain yang lebih berat seperti kuih dan nasi.
- Minum sekurang kurangnya 8 gelas air masak antara waktu selepas berbuka dan bersahur. Badan kita perlukan air yang cukup walaupun di bulan puasa.
- Pastikan menu makanan masa berbuka dan bersahur tu seimbang. Kalau kita tak makan nasi, boleh ganti dengan mee atau meehoon yang mengandungi karbohidrat jugak.
- Elakkan makan ikut nafsu dan terlalu banyak, sebab bila kita dah terlalu kenyang mulalah rasa malas dan mengantuk. Lepas tu, malas nak menunaikan solat Mahgrib dan berterawih.
- Kalau boleh, elak berbuka dengan makanan segera, sebab ia dah tentu tentu kurang berkhasiat. Elakkan jugak air bergas dan berais sebab ia boleh menyebabkan kita mudah dijangkiti selsema dan batuk.
- Jangan skip sahur sebab bersahur adalah sunnah Rasullullah SAW jugak. Bersahurlah walaupun hanya meminum segelas air masak dan sebiji kurma. Lagipun, kalau kita tak bersahur, kita akan rasa letih di siang hari.
- Kurangkan aktiviti berat di siang hari untuk mengelakkan kita rasa letih. Tapi, ini tak bermakna korang hanya tidur je sepanjang hari tau.
Bagi cikla, puasa jugak bukan hanya sekadar kita menahan lapar dan dahaga, tapi kita juga kena jaga mata dan kata-kata dari perkara perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa kita. Nanti buat penat je kita puasa, apa pun tak dapat. Dapat penat je. Betul tak?
Sumber : Akhbar SINAR!
Good info cikla :)
ReplyDelete