'Santai Tapi Sampai'

9 June 2016

Kisah puasa hari ke 4 : Banyak pulak beli makanan.

Fuhhh, dah 4 hari dah puasa kan? Korang macam mana? Mantain tak ke dah goyang? Ala, baru hari keempat je kot. Steady lah. Hihi. Cikla alhamdullilah. Masih boleh bertahan.

Kisah puasa hari ke 4 : Banyak pulak beli makanan.
Just remind..... - Image credited to google.

Tadi petang pergi bazaar. Kiranya bazaar jauh sikit dari rumahlah. Tapi, memang 'tergugat'lah kejap iman bila tengok juadah yang dijual. Macam-macam. 

Hari ni memang cikla 'gantung periuk'. Rasa malas pulak nak masak. Cakap dengan hubby, kita beli aje lah. Hubby cikla pulak jenis tak makan berat berat masa berbuka. Biasanya masa sahur kang dia makan nasi. 

So, kira senang sikitlah. Cuma nak cari lauk untuk pak mertua cikla je. Tu la. Beli punya beli, tak sedar penuh satu meja gak.

Mujurlah masa berbuka tu, semua 'kelaparan' agaknya. So, makanan tu kira habis lah. Syukurlah takde pembaziran berlaku. Hihi.

1 comment:

  1. pergi bazar kne bawak duit cukup2 je..kalau tak semua duit yg ada dlm poket semua nk perabih ke bazar ...hehe

    ReplyDelete