'Santai Tapi Sampai'

15 June 2016

Mengawal nafsu makan di bulan puasa.

Orang cakap bulan puasa ni boleh dikatakan bulan pesta makanan. Sebab apa cikla cakap macam tu? Sebab, cuba kalau kita pergi ke bazaar tu, nah macam-macam makanan minuman dijual. Lauk pauk, kuih muih, bubur, dan macam-macam lagilah. Itu belum lagi dengan air yang macam-macam warna dan nama. Air tembikai rindu awak 200%lah, air naga berapilah, macam-macam.

Walaupun, konon-konon masa sebelum keluar rumah, ceh tekad taknak beli banyak-banyak. Orang cakap beli apa yang perlu je, nak kau penuh jugak satu meja. 

Last last, masa berbuka makannya sikit je, lepas solat maghrib dan terawih. Mata pulak dah mengantuk. Pastu tidur. Makanan yang penuh satu meja tadi akhirnya dibuang. Kan dah membazir namanya tu. Kalau ada yang elok, mungkin di makan masa sahur. Kira ok jugaklah tu kan.

Mengawal nafsu makan di bulan puasa.
Mengawal nafsu makan di bulan puasa. Sumber Google,

Sebenarnya, kita boleh je nak elakkan pembaziran dari berlaku. Apa yang penting adalah, bersederhana masa menghidang makanan untuk berbuka. Memang orang kata macam payah je kan. Nak-nak pulak bila tengok makanan yang macam-macam.

Ada pulak makanan yang kita tak boleh nak dapat masa bukan bulan puasa. Time bulan puasalah kita boleh jumpa. Betul tak? Rancang menu apa yang kita nak makan masa berbuka, sebab inilah masanya kita nak berjimat cermat. Korang bayangkan kalau sekali belanja di bazaar, dah tentu RM50 habis kan.

Begitu jugak dengan minuman. Kalau boleh buat sendiri. Kalau kita nak minum jus buah, beli je buah sendiri macam tembikai ke mangga, then kisar sendiri. Apa yang penting gula kurangkan, begitu juga dengan pewarna. Jangan berlebihan.

Selain tu, ingatlah kita berpuasa sebab nak dapatkan pahala dan keberkatan. Jadi, elakkan pembaziran dari berlaku sebab keadaan ni pun boleh 'mengurangkan' pahala puasa kita. Semoga kita semua ganjaran pahala dengan melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna. InshaAllah.

3 comments:

  1. Tahun ni puasa setakat ni la Alhamdulillah. Nafsu nak berbuka tu tak mcm lepas2. Still boleh control. kdg2 Makan nasi 2 3 suap lepastu bagi adik makan. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dgn cikla. Berbuka mkn kuih or bubur je. Sahur baru amik nasi...

      Delete
  2. Tahun ni hanya berbuka dengan sup sayur dan ikan bakar sahaja. Tidak ada selera nak makan benda yang berlambak di bazar ramadhan. Tak seperti tahun lepas. Hihihihihi

    ReplyDelete