Tips macam mana nak kenali SCAM Kesihatan.

Sekarang ni kalau kita scrol timeline facebook, makin banyak produk produk kecantikan dan kesihatan di'promote' kat situ kan. Ada produk yang kita biasa dengar dan popular, tapi tak kurang jugak produk yang kita jarang dan tak pernah dengar pun. Memula baca tu kita macam was was juga. Tapi bila dah baca testimoni kononnya ramai yang guna produk tu berjaya, akhirnya kita terjebak jugak kan. Nak nak pulak, kita memang ada 'masalah' dengan wajah or kesihatan kita. Kita pun fikir, nak elok punya pasal apa salahnya kita cuba. Mana tau berkesan *macam try and error pulak dah jadinya

Dalam akhbar Harian Metro, ada berita pasal pengguna produk kecantikan dan kesihatan yang mengalami kesan buruk bila menggunakan produk yang dibeli melalui online. Niat asal berkobar kobar nak pulihkan parut yang se'coet' tu, lastly merebak jadi lebih teruk. Masa ni nak menyesal pun dah terlambat dah kot. Betul tak? So, apa yang cikla nak kongsi ni cikla rasa penting untuk kita amik tau sebab rasanya rata rata orang sekarang lagi suka membeli barangan online dari  yang realiti depan mata. Teruskan membaca kalau nak tau.

Tips macam mana nak kenali SCAM Kesihatan.

  • Please alert dengan produk yang menawarkan 'satu produk, tapi penawar banyak penyakit'.  Itulah boleh mengubat jerawat, itulah yang boleh cerahkan kulit itulah yang boleh runcingkan dagu. Macam macam. Biasanya produk ni bukan daripada kajian makmal tapi hanya berpandukan petua orang dulu dulu/mitos kesihatan semata mata. 
  • Sebenarnya bukti kajian klinikal produk tu jugak penting selain dari  testimoni orang yang pernah menggunakan produk tersebut. Ini kerana scammer akan menunjukkan kejayaan testimoni pelanggan yang menggunakannya. Biasanya produk kosmetik dan kesihatan yang selalu guna cara ni.

Kongsi info : Tips macam mana nak kenali SCAM Kesihatan.
Image credited to google.

  • Kalau produk tu mengambil masa yang singkat untuk sembuh, haaa macam pelik je kan.  Tak kan cepat sangat baiknya. Seawal seminggu. Macam tak percaya je kan.
  • Produk dikatakan 100% menggunakan bahan alami/natural. Kalau korang nak tau, agensi kesihatan membuktikan kebanyakan produk scam kesihatan ni mengandungi bahan terlarang pada dos yang merbahaya. Pengguna sepatutnya tak terpedaya kalau produk tu dikatakan bebas bahan kimia tapi tak pulak dinyatakan sijil pengesahan dari pihak berwajib. Tak ke pelik tu.

Cikla bukan nak cakap semua produk yang dijual di laman sosial tu tak elok, tapi sebagai pengguna kita yang kena lebih peka dan berhati hati. Jangan bila kita tengok orang lain guna ok dan berkesan, terus kita nak guna jugak tanpa meneliti dengan baik.

Tak kira penelitian dari segi bahan yang dihasilkan dan sijil pengesahan produk selamat ke tak digunakan. Pada penjual pun, jangan fikir nak kaut untung je. Kita jual kat orang, tentunya ia rezeki buat kamu. Tapi biarlah rezeki yang berkat dan diredhai. Barulah bisnes tu semakin maju dan berkembang baik. Ingat tu!

Sumber : Harian Metro / Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:

Powered by Blogger.