Kisah hari ke-15 puasa : Kuih badak berendam.

Salam 15 Ramadan. Wah, dah masuk pertengahan bulan puasa kan? Cepatnya masa berlalu. Semoga semua mendapat manfaat dan mencari pahala sebanyak dalam bulan yang mulia dan penuh keberkatan ni. Korang pernah makan kuih badak berendam ni tak? 

Sejujurnya ni pertama kali cikla makan kuih ni. Tadi petang jalan-jalan kat bazaar Ramadan, terpandang kuih ni. Hajat di hati nak cari bubur tapi, tengok tengok takde.

Fikir punya fikir, beli ajelah kuih ni. Lagipun boleh rasa sedap ke tak. Cikla makan lepas solat isyak tadi. Bila bukak penutup bekasnya, tengok kuahnya macam pekat je. Dah basi ke? Alah, janganlah terkena lagi. 

Rasa sikit, ermmm macam sedap dan kuahnya memang pekat. Tengok-tengok ada 'empat ekor badak semuanya' tengah syok berendam dalam tu. Montel-montel pulak tu. Hihi.

Kisah hari ke-15 puasa : Kuih badak berendam.
Kisah hari ke-15 puasa : Kuih badak berendam. 

Rasanya oklah. Ada inti kelapa sira gula merah dalamnya. Kulit luarnya liat-liat macam kuih ondeh-ondeh. Ke memang kuih ni adik beradik dengan kuih ondeh-ondeh? Hihi. Mungkin kot.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews