Awak mengandung bayi lelaki ke perempuan?

Bila perut dah membesar je, mesti ramai yang berteka teki jantina anak kan? Kalau balik kampung, rata rata mak mak sedara akan cakap, "Ala, perut ko ni bulat je acik tengok. Lelakilah tu." Betul tak?

Kalau dulu-dulu, yelah harapkan mak bidan yang agak jantina anak, tapi zaman dah makin canggih sekarang. 

Guna scan/ultrasonografi je. Nak scan macam mana?  2D? 3D? 4D? Semua ada dah. Jom kita baca apakah mitos orang dulu berkenaan dengan jantina anak yang dikandung.

Kalau mengandung bayi lelaki;

  • Kandungan dilihat berada di bawah perut dan perut memboyot ke depan dan kelihatan tajam. 
  • Timbul jerawat di muka disebabkan hormon yang keluar sepanjang kehamilan. 
  • Warna air kencing *urin lebih gelap (dark yellow). Walaupun begitu, warna air kencing gelap juga disebabkan oleh kalau si ibu kurang minum air. 
  • Saiz payudara si ibu sebelah kanan lebih besar berbanding kiri. 
  • Suhu tapak kaki lebih sejuk dari biasa. Sepatutnya, suhu badan perempuan mengandung lebih panas semasa mengandung. 
  • Kadar denyutan jantung si ibu kurang 140 berdegup per minit. 
  • Telapak tangan sering kering atau pecah-pecah. 
  • Ibu selalu mengidam makanan yang masin-masin seperti keju dan daging. 
  • Semasa tidur, ibu lebih cenderung menghadap ke kiri *tanpa disedari
  • Ibu mudah diserang sakit kepala dan wajah si ibu lebih berseri-seri.

Awak mengandung bayi lelaki ke perempuan?
Awak mengandung bayi lelaki ke perempuan? Image credited to google.

Kalau mengandung bayi perempuan;

  • Si ibu lebih mudah beremosi. 
  • Rambut ibu semakin nipis dan warna agak keperangan serta tak bermaya semasa mengandung. 
  • Bentuk perut ibu bulat dan tinggi. 
  • Ibu mengidam makanan yang manis seperti jus, buahan dan gula gula. 
  • Saiz payudara sebelah kiri nampak lebih besar dari sebelah kanan. 
  • Si ibu akan mengalami morning sickness di awal kehamilan.

Tapi kan ibu-ibu, ni semua mitos. Tak semestinya kot. Kalau ada yang berlaku, mungkin kebetulan aje. Semuanya dah ditetapkan olehNya. Tak kira lelaki atau perempuan, terimalah dengan hati terbuka dan syukur. Semuanya rezeki.

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews