Tips sihat bertenaga sepanjang puasa.

Orang cakap, untuk kekal sihat bertenaga tak kiralah semasa berpuasa ada bermula dari pemakanan. Betul jugak tu kan? Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang memang sangat-sangat digalakkan, di samping mengambil air yang cukup tak kira dalam bentuk minuman atau sup.

Tak dinafikan, semasa berbuka kebanyakan orang suka mengambil makanan yang manis. Ia boleh, tapi perlulah ada hadnya dan jangan berlebihan. Sebaiknya, ambil makanan yang ringan dahulu, sebelum mengambil makanan yang lebih berat. Ini penting supaya dapat mengelakkan sistem penghadaman jadi tak selesa.

Nabi SAW pun menyarankan pengambilan kurma semasa berbuka sebab kurma merupakan sumber yang kaya dengan tenaga dan serat  yang diperlukan oleh badan.

Tips sihat bertenaga sepanjang puasa.
Tips sihat bertenaga sepanjang puasa. Kredit Google. 

Berikut merupakan cadangan menu yang baik ketika berbuka, iaitu;

  • Masa berbuka ambil 3 biji kurma, 1/2 cawan jus buah buahan, 1 cawan sup sayur atau 1/2 cawan bubur lambuk dan sekeping kuih. masa makan malam, ambil 1 cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan sebiji buah. 
  • Masa moreh (makan lewat malam), ambik snek ringkas seperti roti, biskut, kuih dan sebagainya. 
  • Masa berbuka, elakkan mengambil makanan pedas dan berempah supaya ketakselesaan perut pada masa siang dapat dielakkan.

Semoga bermanfaat dan memberi kita panduan untuk kita mengambil makanan seimbang semasa berbuka.

Sumber : Harian Metro.

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews