'Santai Tapi Sampai'

14 June 2016

Saja kongsi : Tips berguna di bulan Ramadan.

Bulan Ramadan sememangnya bulan yang ditunggu tunggu oleh semua umat Islam. Orang cakap bulan mengumpul pahala sebanyak mungkin. 

Bagi cikla, bulan Ramadan jugak merupakan bulan merapatkan ukhwah sesama ahli keluarga khususnya. Iyelah, kalau sebelum ni nak makan semeja pun susah disebabkan kekangan masa, sibuk dengan kerja masing-masing, nah bulan puasalah masa untuk kita satu family berkumpul dan makan bersama. 

Ini secara tak langsung, dapat mengeratkan lagi ikatan sesama keluarga. Betul tak? Ada beberapa tips yang cikla rasa berguna dan kita kena amik tau jugaklah untuk kita menghadapi bulan Ramadan ni.

Saja kongsi : Tips berguna di bulan Ramadan.
Saja kongsi : Tips berguna di bulan Ramadan. Kredit Google 

  1. Prepare siap siap roti atau coklat dalam beg korang. Manalah tau kot-kot time nak balik kerja tu jalan jem ke, so boleh jugak dimakan untuk berbuka puasa. Betul tak?
  2. Download aplikasi azan dalam telefon korang sebab senang nanti kalau dah masuk Maghrib dan waktu berbuka.
  3. Kalendar islam mesti ada waktu imsak dengan berbuka kan? So, apa lagi. Tampal kat dinding tu sebab senang nak rujuk lebih-lebih lagi waktu bersahur.
  4. Standby kurma dengan air kosong kat atas meja sebab mudah untuk kita makan lebih-lebih lagi kalau kita terlewat  bangun sahur kelak.
  5. Kalau boleh elak minum ais masa berbuka, sebab suhu sejuk boleh menyebabkan perut 'terkejut' lepas lebih 12 jam tak makan dan minum.
  6. Elakkan makan terlalu banyak masa berbuka sebab makan berlebihan akan buat kita rasa malas nak menunaikan solat Maghrib dan Terawih.
  7. Elakkan ber'selfie' dalam masjid nak-nak pulak sebelum dan selepas solat Terawih, lepas tu upload kat laman sosial sebab perbuatan ni dikhuatiri akan menimbulkan riak.
  8. Bawak telekung sendiri yang senang dilipat kecik untuk diletak dalam beg tangan sebab ia memudahkan.
  9. Kalau pergi bazaar, beli apa yang perlu je. Tak usahlah berlebihan sebab ia akan menyebabkan pembaziran berlaku. Orang cakap beli ikut keperluan, bukan nafsu!
  10. Ini yang paling penting : banyakkan ibadah sunat seperti mengaji al-Quran dan bersedekah.

Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dariNya. InshaAllah.

Sumber : Kosmo!

1 comment: