Fakta menarik ta wau lam alif nga; Telinga!

Telinga merupakan salah satu organ dan deria yang sangat penting untuk kita jaga baik-baik. Tapi, ada sesetengahnya yang macam kurang je amik berat pasal organ yang satu ni. Tak boleh macam tu tau. Kadang-kadang rasa gatal pada telinga yang kita anggap perkara biasa sebenarnya boleh menjadi punca kepada penyakit yang serius. Please alert ok. 

Fakta menarik ta wau lam alif nga; Telinga!
Fakta menarik ta wau lam alif nga; Telinga! Kredit Google.

Sebenarnya, ada beberapa fakta menarik yang cikla nak kongsikan dengan korang pasal telinga ni, iaitu;

  • Telinga mampu membersihkan dirinya sendiri, sebab liang-liang dalam telinga ada menghasilkan 'ear wax' dan kehadiran rerambut kecil dipanggil silia akan menolak najis keluar dari saluran telinga.
  • Korang mesti pernah dengar bunyi 'pop' yang datang dari dalam telinga bila korang menguap kan? Bunyi itu sebenarnya datang dari bunyi tabung Eustachio iaitu saluran yang menghubungkan rongga telinga tengah dengan nasofaringyang terbukak untuk menyeimbangkan tekanan di bahagian tengah telinga dengan tekanan udara dari luar. 
  • Telinga mampu mengimbangi badan sebab dengan adanya semicircular canals yang menghasilkan cecair endolymph.
  • Telinga tak pernah tidur, sebab ia sentiasa bekerja memproses suara sementara otak 'mematikan' suara itu semasa kita sedang tidur. 
  • Punca utama kepada gangguan pendengaran adalah bila mana telinga terdedah pada bunyi yang sangat tinggi. 
  • Telinga mempunyai sel rambut halus di bahagian tengah telinga yang berfungsi memproses pendengaran. Bunyi di kesan dan isyarat dihantar ke saraf. Kalau sel rambut ni rosak, ia tak akan tumbuh kembali. 
  • Bila kita duduk di tempat tinggi, telinga kita mesti rasa macam berdengung kan. Ini disebabkan oleh tiub Estachio tak dapat mengawal keseimbangan tekanan badan.
  •  
    Apa yang penting, jagalah kurniaan Allah ni dengan baik. Kalau kita 'kehilangannya' tak mungkin kita akan mendapatkanya kembali. So, hargailah dan sayangilah  telinga kita.

    Sumber : Ruangan Info Sihat.

    No comments:

    Post a Comment

    Followers

    Top Commentators

    Library

    Labels

    TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

    Disclamiers

    Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

    Pageviews