Kisah hari ke-23 puasa : Tau fu fah!

Salam 23 Ramadan. Allahu. Kejapnya masa berlalu. Nak cerita pasal hari ni dulu. Hari ni mood masak macam dah kembali. Hihi. 

Selongkar peti ais jumpalah ikan cencaru dah siap siang dan basuh, then jumpa sayur kubis. Fikir punya fikir, cikla pun masaklah ikan tu ikan masak taucu dengan kubis masak lemak. 

Dah last last ni, malas nak masak banyak-banyak. Janji ada nasi, lauk tak kiralah ikan atau ayam, lepas tu sayur. Then, air. Dah. Nanti banyak-banyak takut membazir pulak. Membazir kan amalan syaiton. Betul tak? 

Hubby cikla pulak beli tau fu fah. Memang favourite  dia ni. Cikla pun jarang makan. Kebetulan dia beli dua bekas, so cikla makanlah satu. Korang suka tak makan tau fu fah?

Kisah hari ke-23 puasa : Tau fu fah!
Kisah hari ke-23 puasa : Tau fu fah! 

Hmmmm, tak lama lagi Ramadan yang penuh berkat ni akan pergi meninggalkan kita. Biasanya hari hari terakhir Ramadan ni dikaitkan satu malam yang penuh rahmat. 

Malam Lailatul Qadar. Semoga kita semua akan bertemu dengan malam yang penuh rahmat dan keampunan ini. InshaAllah.

5 comments:

  1. Fav ain ni. Tapi puasa ni tak jmpa lagi :( dkt bazaar jelly kelapa je jmpa.

    ReplyDelete
  2. Anak dara akak suka tau fu fah Ni...akak x berapa nak suka

    ReplyDelete
  3. wah tau fu fah..makan hangat2 sedapnya :)

    ReplyDelete
  4. Hi kak cik La ... Sedapnyaaa tau fu fa ... Saya pun suka tau fu fa ... Baca entry kak cik La nie teringin g bazar pulak beli , hihihi

    ReplyDelete
  5. Cikla. Siqah tak pernah makan ni. Hehe. Kalau dalam bekas begini, siqah makan lompat tikam je.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews