Kisah hari ke-5 puasa : Mengidam bubur jagung....

Puasa tahun ni tekak cikla ni asyik nak makan bubur jagung je. Hari ni try cari kat bazaar Banting, tapi tak jumpa. 

Semalam memang dah dapat, tapi macam tak sedap pulak. Kuatnya cair jelah pulak. Isi memang banyak, tapi kuahnya fail pulak. Mengidam punya pasal makan jugaklah. Itu pun tak habis. Kakak Damia yang tolong habiskan. Hihi.

Puasa cikla macam biasa. Tapi, cuaca macam makin panas pulak. Dugaan berpuasa agaknya. Baby pun macam kurang aktif sikit. Risau jugak. Nak kata takde tenaga, masa sahur 2 pinggan gak melantak. Hihi. 

Lauk ikan bilis goreng je. Betul kata orang, yang simple itulah yang sedap. Hihi.. Tapi, alhamdullilah lepas berbuka, nah kau. Kemain aktif lagi. Agaknya ibunya puasa, baby nya tidur je.

Kisah hari ke-5 puasa : Mengidam bubur jagung....
Kisah hari ke-5 puasa : Mengidam bubur jagung.... Image credited to google.

Semoga esok masih mampu bertahan. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews