Jom baca pola hidup Rasullullah SAW.

Sentiasa menjaga kesihatan dan memelihara nikmat Allah yang satu ini merupakan salah satu sunnah baginda. Sudah menjadi lumrah manusia, masa sihat dan diberi nikmat, mereka 'lupa' untuk menjaganya baik-baik. 

Tapi bila nikmat sihat tu 'ditarik' balik oleh Allah barulah kita menyesal dan bersusah payah menngubatinya.  

Apa kata jom kita kita apa yang Rasullullah SAW amalkan untuk menjaga kesihatan baginda. Nak tau? Teruskan membaca.

- Rasullullah SAW akan memakai 'siwak' untuk menggosok gigi pada setiap pagi bagi menjaga kesihatan mulut dan gigi. Ini kerana, bila mulut dan gigi dah bersih ini akan memudahkan proses  penghadaman makanan yang dimakan dan pencernaan jugak jadi lancar.

- Rasullullah SAW akan meminum segelas air dingin yang ditambah dengan sesudu madu sebelum mengambil makanan lain. Kita pun tau kan akan kebaikan madu dan dalam Quran pun ada cerita pasal ni. 

- Rasullullah SAW selalu memakan 7 biji kurma ajwa' semasa masuk waktu Dhuha. Sabda baginda SAW, "Barangsiapa (di antara kalian) yang makan tujuh biji kurma, maka (InsyaAllah) akan terlindung daripada racun."

- Rasullullah SAW mengutamakan sayuran bila mengambil makan malam. Sayuran diketahui mempunyai zat yang berfungsi sebagai sumber 'antibodi' untuk badan kita dan pelindung dari mendapat penyakit.

- Rasullullah SAW tidak terus tidur sebaik saja selesai makan. Baginda biasanya akan solat malam dulu sebab ia akan memudahkan makanan yang diambil tadi dihadam dan dicerna.

- Rasullullah SAW selalu meluangkan masa melakukan aktiviti sihat. Paling tak pun, baginda akan bermain dan bergurau senda dengan cucu cucu baginda.

Bagi cikla, betul jugak orang cakap mencegah itu lebih baik dari mengubati. So, masa kita sihat sentiasa ambik kisah dengan kesihatan kita dan yang paling penting apa yang kita makan. Sebab itulah yang akan menjadi 'hasil' yang baik atau sebaliknya untuk badan kita. 

Sumber : Ruangan Kisah Teladan Rasullullah.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews